Anwar dikejar ke hospital lagi, mana janji Najib setahun lalu?
Pada 30 Jun 2015, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan menerusi akaun twitter seraya menjanjikan ”Saya ambil maklum kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan mempastikan beliau menerima rawatan sewajarnya.” Hampir setahun berlalu namun janji hanya tinggal janji.
Seperti disarankan oleh para pakar yang berurusan dengan keluarga, pembedahan yang terbaik adalah di luar negara – dengan peralatan yang mencukupi tanpa tekanan politik. Perlu diingat, Datuk Seri Anwar sebelumnya sudah dipenjarakan di bawah pemerintahan mantan PM Tun Mahathir Muhammad – menjadikan jumlah tahun pemenjaraan mencecah 10 tahun semuanya. Hari ini merupakan hari ke-491 hari beliau dipenjarakan untuk kali ke-empat sebagai tahanan politik di Malaysia.
Pihak keluarga dan peguam telah mengemukakan jawapan balas berkait tawaran semula Datuk Seri Zahid Hamidi supaya pakar perubatan luar negara datang ke Malaysia untuk menjalankan pembedahan. Tawaran yang dibuat oleh Datuk Seri Zahid Hamidi di dalam Dewan Rakyat pada 12 November 2015 ternyata hambar apabila penjagaan Datuk Seri Anwar sepenuhnya di hospital pun belum mampu dilunaskan.
Para pakar yang bertanggungjawab menyatakan peralatan serta kelengkapan hospital tidak mencukupi. Tambahan serangan politik berterusan pihak pemerintah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 mengeruhkan lagi suasana buat doktor dalam memastikan proses pemulihan beliau berjalan lancar.
Walaupun makluman balas telah diberi kepada Datuk Seri Zahid Hamidi, mewakili kerajaan Malaysia, namun kerajaan dilihat lepas tangan. Bahkan, pihak keluarga juga turut mohon agar beliau dimasukkan dan ditahan di hospital, namun kerajaan enggan membenarkan ruang jagaan sedemikian untuk mengubat sakit yang dihadapi Datuk Seri Anwar. Yang diluluskan sekadar rawatan dan pemeriksaan beberapa hari sebelum dihantar pulang ke penjara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit belakang di tempat yang sama iaitu bahagian L4 L5 – bahagian yang sama yang mengakibatkan beliau menjalani pembedahan mikro di Munich, Jerman pada 2004. Perlu diingat jua, kerajaan BN bertangggungjawab di atas kecederaan DSAI kerana sebelum tahun 2000, sebuah Siasatan Suruhanjaya Diraja ke atas mata lebam Datuk Seri Anwar telah memutuskan bahawa Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara bersalah kerana memukul Datuk Seri Anwar sedang Datuk Seri Anwar digari dan ditutup matanya, pada malam yang sama beliau ditangkap pada 20 September 1998.
Suruhanjaya DiRaja tersebut memutuskan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor bersalah dan akhirnya didenda RM 2,000 dan penjara 2 bulan. Hukuman penjara dikekalkan pasca rayuan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dimangsakan di bawah pemerintahan kerajaan BN dan menanggung kesakitan sehingga ke saat ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengalami kesakitan yang sama di bahagian belakang dan bahu kanan; beserta tekanan darah tinggi yang tidak menentu.
Kerajaan sering berselindung dengan jumlah rawatan yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah memadai bahkan bersifat ‘istimewa’ dan melebihi layanan yang diberikan kepada banduan lain. Saya ingin mempersoalkan, jika jumlah rawatan yang diterima tidak membantu meningkatkan tahap kesihatan beliau, adakah ini bukti jelas bahawa rawatan yang diberikan adalah tidak memadai?
Tambahan pula, tanpa penglibatan panel dan doktor pakar yang arif berkenaan kesakitan berulang beliau, dikhuatiri kelewatan akses rawatan ditambah pula dengan kondisi sel tahanan yang tidak sesuai bakal memburukkan lagi kesihatan beliau.
Jangan dilupa, penahanan beliau dikecam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu! Tidak seperti kes mantan Menteri Besar Selangor yang boleh pula dibebaskan melalui parol.
Adakah Datuk Seri Zahid Hamidi hilang pertimbangan kemanusiaan terhadap insan yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya kerana beliau berlainan fahaman politik?
Sekiranya tidak, maka secara minima Datuk Seri Anwar wajib ditahan di hospital.
Pihak keluarga, peguam dan pendukung KEADILAN menanti-nanti janji yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Razak sejak Jun 2015 yang lalu. Semoga penantian 1 tahun ini berakhir dengan kebenaran tahanan di hospital dan akhirnya pelunasan pembedahan luar negara buat insan yang sudah terpenjara secara zalim melangkaui sepuluh tahun semuanya.
Kepada Allah SWT kita berserah.
NURUL IZZAH ANWAR
CHUA TIAN CHANG
Beserta keseluruhan kepimpinan KEADILAN

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa