Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 16, 2016

Harussani bikin PAS panas kepala!

Wednesday, June 15, 2016

Pas tak payahlah menghukum tiap kali ceramah politik, bidas Mufti Perak

Sesiapa yang mengundi calon Barisan Nasional atau pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan mendapat kemurkaan Allah, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

"Keadaan sekarang dalam waktu berkempen kita tidak payahlah kita nak menghukum orang berdosa atau celaka atau haram jika tidak sokong calon Pas.

"Dalam berkempen tak usah letak dosa ke tidak berdosa, eloklah jika kita nak memerintah, kita tunjukkan apa yang akan kita lakukan jika kita disokong pengundi dan kita menang.

"Tak payahlah... sudah-sudahlah nak kira dosa atau pahala tiap kali ceramah politik," kata Harussani kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam ketika berucap di Sungai Besar bahawa memilih wakil rakyat adalah satu tanggung jawab, dan kalau apa yang diucapkan oleh ahli parlimen adalah salah, maka berdosa dan celakalah pengundi.

Pas sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti itu akan mendapat ganjaran Allah. - ibam

Berita penuh:
Pas tak payahlah menghukum tiap kali ceramah politik, bidas Mufti Perak
14 Jun 2016 | DALIA ISMAIL
Mufti Perak Harussani Zakaria

Sesiapa yang mengundi calon Barisan Nasional atau pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan mendapat kemurkaan Allah, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

"Keadaan sekarang dalam waktu berkempen kita tidak payahlah kita nak menghukum orang berdosa atau celaka atau haram jika tidak sokong calon Pas.

"Dalam berkempen tak usah letak dosa ke tidak berdosa, eloklah jika kita nak memerintah, kita tunjukkan apa yang akan kita lakukan jika kita disokong pengundi dan kita menang.

"Tak payahlah... sudah-sudahlah nak kira dosa atau pahala tiap kali ceramah politik," kata Harussani kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam ketika berucap di Sungai Besar bahawa memilih wakil rakyat adalah satu tanggung jawab, dan kalau apa yang diucapkan oleh ahli parlimen adalah salah, maka berdosa dan celakalah pengundi.

Pas sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti itu akan mendapat ganjaran Allah.

Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang.

Bagi Harussani, semua pihak perlu mempertahankan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara.

"Dalam perlembagaan sudah menyatakan Islam adalah agama negara.

"Maknanya sesiapapun calon parti dan pengundi dalam pilihan raya, mereka terikat dengan perlembagaan itu dan tidak boleh mengabaikannya.

"Melainkan jika calon itu tidak mahu terikat dengan perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara, calon ini wajib kita tolak kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan dan agama Islam itu sendiri.

"Itu cerita lain. Sama ada dia (Hadi) dan partinya nak perjuangkan hudud di Parlimen atau tidak," katanya.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pas Dr Rani Osman, calon BN Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah Azhar Ab Shukur.


Manakala di Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid, calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa