Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 16, 2016

Bakal Raja yang lasak

Raja Muda Selangor lapor diri di Kem Terendak
WARTAWAN SINAR HARIAN - 14 JULAI 2016
Raja Muda Selangor lapor diri di Kem Terendak Tengku Amir ketika melaporkan diri di Kem Terendak. – Foto Twitter Kementerian Pertahanan Malaysia
 
 
Gambar dari Laman mikro Twitter Kementerian Pertahanan Malaysia

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah kini sudah pun melaporkan diri bagi menyertai RAMD (Batalion ke-17) di Kem Terendak, Melaka.

Laman mikro Twitter Kementerian Pertahanan Malaysia turut memuat naik beberapa keping gambar beliau ketika hadir bagi melaporkan diri.

Difahamkan, Tengku Amir bakal ditauliahkan dalam majlis yang akan berlangsung pada Selasa depan.

Sebelum ini, Tengku Amir telah menjalani latihan penyesuaian sebagai pegawai kadet di Kolej Tentera Darat di Port Dickson.

Selain itu, beliau juga melanjutkan pengajian di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom selama 18 bulan.

Penyertaan beliau dalam latihan ketenteraan itu jelas mengikut jejak langkah nendanya, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1952 yang menyertai Askar Melayu di Port Dickson selama enam bulan dan ditauliahkan Queen Commission dengan pangkat Kapten dan kemudian Mejar.

Tengku Amir merupakan putera tunggal kepada baginda Sultan Selangor dan dilahirkan pada 12 Disember 1990.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa