Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 15, 2016

Aiikk.........Nik Abduh pun tumpang berkokok gak?

Pas tidak tergugat dengan parti baharu Tun M

  | July 15, 2016
Pas mengalu-alukan sesiapa yang hendak tubuhkan parti baharu, tetapi untuk bekerjasama masih jauh lagi.
nik-abduh-dr-mahathir-shKUALA LUMPUR: Pas langsung tidak tergugat sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu menentang Barisan Nasional (BN).
Demikian kata Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang turut akui parti Islam itu sememangnya sudah kukuh dan soal tergugat atau tidak bukanlah isu utama.
“Kita mengalukan mana-mana pihak yang hendak tubuhkan parti baharu. Tetapi untuk bekerjasama masih jauh lagi.
“Sesudah tubuh parti, baru kita boleh bincang mengenai kerjasama,” katanya sewaktu ditemui pemberita, selepas menghantar memorandum di Kedutaan Myanmar, Kuala Lumpur.
Ujarnya, kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man jelas dan kini hanya menunggu respon daripada parti-parti pembangkang yang lain.
“DAP masih berkeras, DAP melahirkan Parti Amanah Negara. Maka, kita tunggu jawapan sebelah sana sama ada boleh kembali kepada asal atau tidak.
“Jika tidak, hasrat yang ingin dilaksanakan oleh Tuan Ibrahim tidak akan berlaku,” jelasnya.
Rabu lalu, Tuan Ibrahim mengajak parti pembangkang termasuk DAP untuk mencari titik kompromi bagi memastikan sikap tolak ansur antara satu sama lain.
Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana telah mengesahkan spekulasi kewujudanya parti baharu.
Malah, Dr Mahathir juga menyatakan parti pembangkang turut bersetuju dengan penubuhan parti baharu tidak lama lagi untuk membentuk pakatan lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa