Gambar kawan aku pun kena kebas, dakwa netizen tentang 'hantu' sokong Najib
16 Julai 2016 | ARIF ATAN
Facebook (FB) rasmi Datuk Seri Najib Razak didakwa dibanjiri ratusan akaun palsu yang memuji Perdana Menteri itu termasuk menggunakan gambar muka orang lain untuk akaun palsu itu.
Majoriti komentar yang dipercayai daripada "pengguna hantu" FB itu lazimnya hanya ditulis ringkas dalam bahasa Inggeris antaranya, "Nice", "Good job DSN (Datuk Seri Najib)", "Great work!", "Do it for the people" serta "I support you sir".
Hal yang sama dapat dilihat pada ulasan dalam bahasa Melayu di media sosial rasmi atas nama Presiden Umno itu seperti, "hebat perjuangan pemimpin kita, "kunci untuk kejayaan" dan "teruskan usaha!".
Komentar paling pendek pula sekadar "1Malaysia" dan "Alhamdulillah" tetapi kesemuanya seragam diakhiri dengan #RespectMyPM.
Sebahagian besar 'hantu' terbabit menggunakan nama orang Melayu selain Cina dan sedikit India.
Dalam status FB Najib petang semalam contohnya, kewujudan netizen 'misteri' itu dapat dikesan daripada hampir 300 komentar setakat pagi ini.
Kenyataan Najib yang turut mendapat 60 perkongsian itu berbunyi, "We live in an extremely competitive world and innovation is key in ensuring that our economy will grow and remain ahead of others."
Walau bagaimanapun, taktik kononnya Najib mendapat sokongan rakyat itu turut dibongkar netizen lain dalam ruangan ulasan bagi status tersebut.
Antaranya, reaksi Mohd Nor Shafiq yang menulis, "Banyaknya akaun fake" manakala Ahmad Albab berkata, "Pic (Gambar) member aku pun kena kebas buat acc (akaun) fake".
Sementara itu, pengguna Facebook, Muhammad Rashid memberitahu ciri-ciri seperti tiada senarai rakan dan foto selain untuk profil adalah antara bukti akaun media sosial itu palsu.
"Tengok juga wall (dinding Facebook) sikit saja (catatan status). Akaun tipulah tu. Sejak tahun 2014 lagi dah ada tapi tahun ini makin menggila," dedahnya lagi.
Pemerhatian rawak Malaysia Dateline selanjutnya mendapati beberapa 'hantu' yang menyokong Najib itu juga hanya berkongsi status FB Najib sebelum ini tanpa catatan atau gambar mereka sendiri seperti lazim menjadi trend netizen.
# Kot ya pun nak bodek, tengoklah dulu kiri kanan!
16 Julai 2016 | ARIF ATAN
Antara komen dalam fb PM yang didakwa dari akaun palsu.

Ini kerja cybertrooper Najib. Desperate betul
ReplyDelete