Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 15, 2016

Satu nasihat kepada parti-parti PH: Aikk......siapa PAS kepada PH?

'Tak mungkin PAS akan bersama HARAPAN'
 Alyaa Azhar -  14 Jul 2016, 5:45 petang
Tawaran gencatan senjata sesama pembangkang oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh ditafsirkan sebagai percubaan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.

"Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam) Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku," katanya.

Khairuddin berkata PAS cuba membina satu sistem politik baru yang tidak terhad kepada sistem dua parti.

"Sistem dwi-parti ternyata merosakkan kerana setiap parti akan memejam mata (atas) kesilapan parti mereka, akan mempertahankan kerosakan dan kebatilan.

"Itu berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Lihat banyak onar dalam DAP tapi kita pejam mata kerana menjaga Pakatan Rakyat, itu bahaya bagi negara," katanya.

Sementara itu, Khairuddin berkata, kenyataan Tuan Ibrahim adalah semata-mata satu nasihat kepada parti-parti Pakatan Harapan.

"Kenyataan Tuan Ibrahim menyeru supaya Pakatan Harapn tak perlu menyerang PAS dalam menentang Umno, jadikan Umno sebagai musuh politik, itu sahaja," kata Khairuddin.

Berhubung gesaan Tuan Ibrahim supaya parti-parti pembangkang berkompromi, Khairuddin berkata ia adalah dalam konteks berhadapan dengan Umno.

"(Kita) tak pernah terkhilaf dalam isu itu.

"Tapi Pakatan Harapan secara jahat cuba menggambarkan PAS telah mula bersama Umno. Itu adalah satu tohmahan yang sangat jahat, satu usaha untuk merosakkan reputasi PAS.

"Semua orang tahu PAS antara parti awal berjuang menentang Umno, PAS konsisten menentang Umno," katanya.

# aku dah kata hari ini TITM kata gini.......esok pemimpin laian akan kata lain pula!
bukankah betul gitu jadinya? Itulah PAS hari ini!

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa