Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 16, 2016

Rampasan kuasa tentera Turki: Tentera sokong rampasan kuasa serah diri - video inside

TENTERA SOKONG RAMPASAN KUASA SERAH DIRI ATAS JAMBATAN
by MAHADZIRA AL BAQI - 2016-07-16

RAMPASAN KUASA DI TURKI 2016
ANKARA: Berpuluh-puluh tentera yang menyokong rampasan kuasa ke atas kerajaan Turki hari ini menyerah diri di atas jambatan Bosphorus, Istanbul yang dikuasai mereka sepanjang malam, lapor rakaman sebuah stesen penyiar.

Rakaman yang disiarkan stesen penyiar NTV menunjukkan askar lengkap berpakaian penyamaran keluar dari belakang kereta kebal sambil meletakkan tangan di atas kepala. Agensi berita rasmi negeri, Anadolu berkata, 50 anggota tentera ditahan.

Di dalam rampasan kuasa tersebut, jet pejuang F-16 Turki menembak jatuh sebuah helikopter tentera di bandar Ankara yang digunakan perancang cubaan rampasan kuasa.

Komander Pasukan Khas, General Zekai Aksakalli, berkata tentera Turki tidak menyokong rampasan kuasa terhadap kerajaan, selepas sekumpulan kecil tentera disahkan cuba merampas kuasa
BERIKUT adalah kronologi cubaan rampasan kuasa di Turki pada Jumaat. Laporan adalah berdasarkan waktu tempatan.

11.13 malam – Kumpulan yang rapat dengan dengan Gulen, paderi yang berpangkalan di AS berkata tuduhan bahawa ia terlibat dalam cubaan rampasan kuasa adalah ‘sangat tidak bertanggungjawab’. Mengutuk campur tangan tentera dalam politik Turki, sambil berkata mengambil berat tentang keselamatan rakyat. Menteri Keadilan sebelum ini telah menyalahkan penyokong setia Gulen.

11.05 malam – Presiden Obama berkata, beliau dan Setiausaha Negara Kerry bersetuju bahawa semua pihak di Turki harus menyokong memilih kerajaan. Gesa elakkan pertumpahan darah – kenyataan White House.

11.04 malam – Agensi berita Anadolu yang dikendalikan negeri berkata 17 polis terbunuh di ibu pejabat pasukan khas Ankara.

10.59 malam – Jet pejuang Turki menembak jatuh helikopter tentera yang digunakan oleh komplot rampasan kuasa di Ankara, menurut penyiar NTV.

10.51 malam – Komander pasukan khas berkata kumpulan itu telah terlibat dalam pengkhianatan, mereka tidak akan berjaya. Turut berkata bahawa tentera tidak menyokong rampasan kuasa.

10.47 malam – Perdana menteri berkata beberapa kumpulan dan pembentukan haram berada di sebalik cubaan rampasan kuasa dan memanggilnya perbuatan pengganas. Beliau berkata kerajaan masih bertanggungjawab. Menggesa orang ramai untuk turun berhimpun di jalan raya.

10.37 malam – Panglima Tentera Pertama Turki, sebahagian daripada tentera darat yang bertanggungjawab terhadap Istanbul dan kawasan barat yang lain, berkata mereka yang cuba melakukan rampasan kuasa adalah puak kecil dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

10.26 malam – Dua letupan kuat kedengaran di tengah-tengah ibu negara Turki.

10.08 malam – Kereta kebal mengelilingi bangunan parlimen Turki, melepaskan tembakan. Tembakan kedengaran di lapangan terbang Istanbul.
10.03 malam – Menteri Keadilan Turki berkata ahli-ahli pergerakan dalam tentera yang setia kepada paderi yang berpangkalan di AS, Fethullah Gulen berada di sebalik cubaan rampasan kuasa.

9.51 malam – Sebuah helikopter tentera melepaskan tembakan di Ankara, saksi melaporkan letupan di ibu negara.

9.35 malam – Stesen penyiar TRT tidak lagi beroperasi, tetapi kemudian memulakan penyiaran dari London.

9.26 malam – Presiden Turki Tayyip Erdogan menggesa orang ramai turun ke jalan raya untuk membantah apa yang disifatkan sebagai cubaan rampasan kuasa oleh puak minoriti dalam tentera. Bercakap kepada wartawan CNN Turk melalui panggilan video bahawa beliau akan pulang ke ibu kota Ankara.

9.22 malam – PM Turki berkata di Twitter bahawa segala-galanya akan dilakukan untuk menggagalkan cubaan rampasan kuasa, walaupun dengan pertumpahan darah. Berkata pengepungan sedang dijalankan di beberapa bangunan penting, tetapi menggesa orang ramai supaya bertenang.

9.18 malam – Sumber presiden berkata presiden dan kerajaan masih berkuasa.

9.05 malam – Stesen penyiar Turki dalam kenyataan yang dibaca atas arahan tentera bahawa perlembagaan baru akan disediakan, menuduh kerajaan menghakis pemerintahan demokrasi dan undang-undang sekular, dan bahawa negara ini sedang dikendalikan oleh ‘majlis keamanan’, di mana undang-undang tentera dikenakan, perintah berkurung dikenakan di seluruh negara.

9.02 malam – Ketua parti pemerintah AK cawangan Istanbul berkata tentera memasuki bangunan parti, diberitahu untuk keluar.

8.58 malam – Kumpulan tentera berada di dalam bangunan stesen penyiar negeri TRT di Ankara, wartawan TRT memberitahu Reuters.

8.57 malam – Facebook, Twitter, YouTube dan media sosial lain disekat di Turki, kata kumpulan pemantauan internet.

8.49 malam- Sumber presiden Turki berkata kenyataan yang dibuat bagi pihak angkatan tentera dibuat tanpa kuasa dan perintah ketenteraan.

8.47 malam – Ketua staf tentera Turki di kalangan tebusan yang dibawa ke ibu pejabat tentera di Ankara, kata agensi berita negeri, Anadolu.

8.38 malam – Presiden Turki Tayyip Erdogan selamat, lapor CNN Turk.

8.25 malam – Tentera Turki berkata mereka telah merampas kuasa untuk menjaga ketenteraman demokratik. Dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel dan dilaporkan di saluran TV Turki, tentera berkata, semua hubungan luar Turki sedia ada akan dikekalkan.

8.02 malam – Perdana Menteri Turki Binali Yildirim berkata cubaan rampasan kuasa cuba dibuat dan menggesa rakyat untuk tenang. Beliau berkata kumpulan dalam tentera Turki cuba untuk menggulingkan kerajaan dan pasukan keselamatan telah dipanggil untuk ‘melakukan apa yang perlu’.

7.50 malam – Tembakan didengari di Ankara, jet tentera dan helikopter dilihat terbang di udara. Helikopter dilihat berlegar-legar di Istanbul.

7.29 malam – Jambatan Bosphorus dan Jambatan Fatih Sultan Mehmet kedua-duanya ditutup. Rakaman Dogan News Agency menunjukkan kereta dan bas berpatah balik.Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa