Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 16, 2016

PAS tak viralkan isu kerugian TH pun........?

Perkongsian bersama Khasom B.

aku tinjau page politik, pas tak viralkan isu kerugian TH pun,,
sayang betul kat Najib & kroni ye,,

Banyaknya hutang THHE,,

Tindakan dua syarikat antarabangsa minggu lalu memfailkan dua petisyen berasingan untuk menuntut hutang mereka dari TH Heavy Engineering Berhad (THHE) berjumlah RM35.5 juta menyebabkan saham THHE telah menjunam ke paras terburuk dalam sejarahnya, semasa berita ini ditulis, saham THHE diniagakan pada 6.5 sen sesaham.

Menurut Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR, sepanjang bulan Februari 2016, beliau telah memberi tumpuan kepada kedudukan kewangan Tabung Haji dan risiko-risiko kewangan/pelaburan yang perlu ditangani dengan segera demi kepentingan pendeposit dan jemaah haji.

Antara lain beliau mempersoalkan pelaburan-pelaburan yang merugikan pendeposit seperti Silverbird Berhad (pembuat roti High 5 yang kini terbukti gagal buat kali kedua), Felda Global Ventures dan penglibatan Tabung Haji membeli Ramunia Holdings Berhad (kini dikenali sebagai TH Heavy Engineering Berhad atau THHE).

"Minggu lalu, dua syarikat antarabangsa telah memfailkan dua petisyen berasingan untuk menuntut hutang mereka dari THHE.

" MIB ITALIANA S.P.A sebanyak USD 1,266,496.80 atau RM5.1 juta, manakala Orwell Offshore Ltd sebanyak USD 7, 607,440.74 atau RM30.4 juta," katanya dalam satu siaran media hari ini.

Ekoran dari dua petisyen menuntut hutang yang berjumlah RM35.5 juta ini katanya, saham THHE telah menjunam ke paras terburuk dalam sejarahnya yang diniagakan pada 6.5 sen sesaham.

Rafizi sebelum ini telah memberi amaran bahawa prospek jangka panjang pelaburan Tabung Haji di dalam THHE adalah buruk memandangkan prestasi kewangan THHE yang lemah selama ini akan diburukkan lagi akibat pasaran minyak mentah dunia yang terus kekal rendah.

"Perkara ini kini disahkan apabila bukan sahaja saham THHE diniagakan pada harga terendah, penganalisa pasaran juga telah memotong unjuran prestasi kewangannya dan menasihatkan pelabur menjual saham-saham THHE. Firma saham Maybank Kim Eng dalam nota pelaburan bertarikh 8 Julai 2016 memotong unjuran perolehan THHE bagi tempoh 2016 hingga 2018 sebanyak 16% - 32%," katanya.

Beliau juga telah memberi amaran sebelum ini bahawa pergantungan THHE kepada satu-satunya projek besar iaitu menyediakan kemudahan FPSO (floating production, storage and offloading) untuk disewakan kepada konsortium JX Nippon dan Petronas Carigali (75%:25% pegangan) yang mengendalikan lapangan gas Layang adalah sangat berisiko tinggi kerana kelewatan-kelewatan yang telah berlaku.

"THHE sepatutnya menyiapkan FPSO itu pada awal 2016 tetapi telah dilanjutkan tempohnya hingga ke pertengahan 2016 (iaitu sekarang).

"Sehingga kini tidak ada tanda-tanda bahawa FPSO itu akan siap, malah ada dakwaan bahawa ada masalah teknikal yang menyukarkan kerja-kerja menukar FPSO milik THHE untuk menepati spesifikasi teknikal seperti di dalam kontrak dengan consortium JX Nippon-Carigali," katanya.

Lebih buruk lagi menurutnya, masalah kewangan dan aliran tunai terhad yang dihadapi oleh THHE kini bermakna ia berhadapan risiko melanggar kontrak dan tidak dibayar jika ia gagal memenuhi syarat-syarat kontrak yang ditandatangani.

Berhadapan keadaan ini beliau menyeru supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri memberi jawapan kepada rakyat terutamanya pendeposit Tabung Haji mengenai langkah-langkah beliau untuk menyelamatkan Tabung Haji dari kerugian berganda ini.

"Kerugian sebanyak RM554 juta pendeposit Tabung Haji yang kebanyakannya dari kalangan orang miskin dan warga emas bukanlah sesuatu yang boleh didiamkan sahaja," katanya.

Beliau juga menyeru supaya kepimpinan baru Tabung Haji di bawah Dato’ Johan Abdullah mengambil pendekatan yang berbeza dalam menangani pandangan timbang tara dari Ahli Parlimen sepertinya.

"Oleh kerana analisa dan amaran-amaran saya telah terbukti benar, saya menyeru supaya Tabung Haji menarik balik laporan polis mengenai perkara ini yang telah dibuat terhadap saya sehingga menyebabkan saya didakwa di mahkamah kononnya memfitnah Tabung Haji sedangkan apa yang saya ulas itu kini telah berlaku," katanya yang juga Ahli Parilimen Pandan.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 6:20:00 PTG

2 comments:

  1. Metrka tengah bincang utk baea ke muktamar tahin depan untuk dapat mandat dari dewan ulama ttg jrnis nasihat, kaedah dan implikasi nasihat terhadap kerajaan..maklumlah mereka ni parti ug ulung didunia yg kewujudan bukan untuk menang dan memetentah tetapi hanya untuk menjadi prnasihat...

    ReplyDelete
  2. orang sibuk nak kuburkan najid dan umno hang sibuk jaga tepi kain ,,bodoh , bongok,jatuh kan umno dulu baru cerita....la ni hang boleh buat, apa nak cari salah pas je ke

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa