Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, July 15, 2016

INI cerita lawak!

Macam Mana Nak Siasat Maklumat 1MDB Yang DiOSAkan?
Posted on Thursday, July 14 @ 12:14:11 MYT by paktam
Oleh A Kadir Jasin

INI cerita lawak. Tapi apa nak dihairankan? Malaysia dah jadi bahan lawak satu dunia.
Sarawak Report (SR) lapor maklumat yang ia dakwa dari Laporan Pengauditan 1MDB oleh Ketua Juruaudit Negara, (Tan Sri) Ambrin Buang.


Laporan itu dah diserahkan kepada Parlimen tapi dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Jadi salah kalau dedahkan kepada umum.

[Teruskan perjuangan Selamatkan Malaysia. Tandatangani Deklarasi Rakyat di sini.]

Kalau betul maklumat SR itu daripada laporan tersebut, ia sudah langgar OSA dan boleh disiasat, dihadapkan ke mahkamah dan sekiranya sabit kesalahan dihukum penjara mandatori sehingga dua tahun.

Boleh jadi masa Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, arah Ambrin menentukan kesahihan (verify) laporan audit 1MDB pada 4 Mac tahun lepas dia nak sabotaj atau lengahkan penyiasatan ke atas syarikat yang dia sendiri kemudikan.

Dia mungkin sangka Ambrin akan bagi cap jari kepada akaun tersebut maka dengan itu bebaslah dia daripada disyaki seleweng berbilion-bilion ringgit duit 1MDB.

Jadi apabila laporan Ambrin itu bukan saja tak dihebahkan malah dikunci pula di bawah OSA jelaslah ada benda besar yang Mohd Najib tak mahu rakyat jelata tahu.

Soalnya, trompet beliau yakni (Datuk Seri) Salleh Said Keruak aka SSK, Menteri Komunikasi dan Multimedia, dah kata laporan SR kena disiasat untuk sahkan betul atau tidak.

KPN Mohd Najib pula, (Tan Sri) Khalid Abu Bakar kata dia akan tanya Ambrin.

Tapi macam mana dia nak tanya dan macam mana Ambrin nak jawab pasal laporan itu dah jadi dokumen super sulit bawah OSA?

Katakanlah Khalid tanya dan Ambrin sahkan laporan SR tu betul. Kita yang baca laporan SR walaupun SSK cuba sekat tahulah bahawa maklumat itu benar. Dengan itu lagi banyaklah pekung di dada Mohd Najib terdedah.

Tapi Ambrin boleh kata dia tak boleh jawab pasal laporan itu sudah diOSAkan.

Masalahnya kita yang baca berita arahan Mohd Najib kepada Ambrin 4 Mac tahun lalu dan laporan SR tiga hari lepas boleh buat kesimpulan bahawa bila laporan Ketua Juruaudit Negara itu diOSAkan maka tentulah ada rahsia besar yang Mohd Najib dan konco-konco beliau nak sembunyikan.

Nak tangkap dan siasat SR pun tak boleh pasal ia beroperasi di UK. Bukan tak cuba tapi tak berjaya!

Tahun lepas Khalid cuba tangkap pengarang SR, Claire Rewcastle-Brown, tapi gagal bila Polis Antarabangsa (Interpol) kata tak ada sebab nak tanggap perempuan orang putih itu.

Syusyah kan?

Kalau betul maklumat SR itu dari laporan Ketua Juruaudit Negara, ia dah jadi cerita kong-kalikong.

Kita rakyat jelata Malaysia yang tak layari Internet tak tahu tapi orang putih yang jauh beribu batu tahu.

Balik kepada cerita zaman dulu kala. Orang Melayu tak tahu apa-apa. Dok tak dok orang putih dah jajah satu Malaya.

Boleh lagi kusut kepala SSK. Dia sekat SR dan blog tapi rakyat jelata yang celik komputer boleh baca juga. Mereka lompat kawat duri yang dia pasang.

Terima kasih kepada pembahas yang kongsi maklumat macam mana nak lompat atau runtuhkan tembok yang SSK dirikan.

NOTA KAKI (ulangan): 1. Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone bukan fiksyen ciptaan saya. Ia adalah gelaran tertinggi Bugis daerah Gowa, Sulawesi yang diberikan kepada Mohd Najib pada 12 November 2005; 2. Pemakan dedak adalah gelaran yang laskar siber (cyber warriors) Umno/Mohd Najib bagi kepada satu sama lain selepas Perhimpunan Agung Umno 2014 apabila Mohd Najib menuduh mereka bangang kerana menyerang parti sendiri.

Wallahuaklam.

1 comment:

  1. Nih lg tahap dewa dewi,dokument rasia 1MDB srwk repot kata di dedahkn palsu sbnrnya,lg best bnyak direka2 ikut sdap tok ayoh dia.sbb tu la sume citer dtg dr sumber yg tak nk dikenali huhu kononye lh.takan la tak ada sumber yg real bole bwak bukti or fakta benar slah laku kononya njib buat?yg pecaya citer dr sumber tak mau dikenali ni orag2 yg sel sel otaknya tak berhubung@otak senak saje.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa