Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 15, 2016

Sifir mana yang Rahman Dahlan pakai?

Parti politik baharu: Peluang untuk BN menang besar dalam PRU 
Astro Awani |  Julai 14, 2016 22:42 MYT
Parti politik baharu: Peluang untuk BN menang besar dalam PRU
Datuk Abdul Rahman menyifatkan pengumuman itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengalu-alukan penubuhan parti politik baharu yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malah beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam kenyataannya melalui Facebook, Datuk Abdul Rahman menyifatkan pengumuman itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

"Beliau (Tun Dr Mahathir) sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak menyerang BN, malah mereka yang ada bersamanya dalam sidang media hari ini terkenal sebagai individu yang sememangnya ada perbalahan peribadi dengan kepimpinan sedia ada," jelas beliau.

Katanya lagi, kehadiran gabungan politik baru ini membuktikan demokrasi yang sihat dalam negara.

"BN sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kita percaya gabungan politik baru ini hanya melemahkan pembangkang dan memperkukuh peluang BN untuk menang besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahman turut menambah, BN akan terus berjuang untuk mempertahankan rekod yang telah dicapai biarpun terpaksa melalui pelbagai cabaran sebelum ini.

"BN akan terus mendekati rakyat untuk tidak memberikan kepercayaan kepada pakatan yang tidak sealiran untuk masa depan negara.
"Malah, ia sebagai 'perhubungan berbahaya' yang hanya berlandaskan kepada kekecewaan dan kegagalan dalam memenangi hati rakyat.

"Semoga berjaya!" tambahnya.

Berkaitan: Tun Mahathir mahu tubuh parti baharu dialu-alukan, kata Ketua Penerangan Umno

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa