Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 16, 2016

Rampasan kuasa di Turki: 754 orang ditahan

754 DITAHAN CUBA RAMPAS KUASA DI TURKI
by MAHADZIRA AL BAQI - 2016-07-16
PRESIDEN TURKI, ERDOGAN MENDAKWA CUBAAN RAMPASAN KUASA ITU DIDALANGI PENGIKUT ULAMA BERPANGKALAN DI AMERIKA SYARIKAT, FETHULLAH GULEN.

Turki: Sekurang-kurangnya 60 orang maut di Ankara dalam cubaan rampasan kuasa di Turki yang bermula semalam.

Reuters memetik seorang pegawai kanan kerajaan Turki mengesahkan 17 daripada mangsa korban itu adalah anggota polis.

Pada masa sama, Menteri Keadilan, Bekir Bozdag berkata, seramai 754 anggota tentera ditahan kerana disyaki terbabit dalam cubaan rampasan kuasa itu.

Sementara itu, Presiden Turki, Tayyip Erdogan mengumumkan cubaan rampasan kuasa berakhir dan kerajaan kini dalam kawalan, bagaimanapun bunyi letupan serta tembakan masih kedengaran di Istabul.

Tambahnya, pihak berkuasa sedang mengesan lokasi Panglima Tentera Turki menyembunyikan diri.

Erdogan dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung stesen televisyen swasta, NTV menyalahkan pengikut ulama berpangkalan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen mendalangi cubaan rampasan kuasa itu.

Ini bukan kali pertama Erdogan menuding jari ke arah Gulen yang didakwa menggunakan pengikutnya dalam sistem kehakiman dan ketenteraan untuk menggulingkan kerajaan pimpinan beliau.

Gulen, 75, bagaimanapun menafikan beliau cuba menjatuhkan kerajaan pimpinan bekas rakan sekutunya.

“Sebagai seorang yang pernah menderita di bawah pelbagai rampasan kuasa tentera sepanjang lima dekad lalu, ia amat hina dituduh ada kaitan dengan cubaan sedemikian.

“Saya menafikan tuduhan itu. Saya mengutuk sekeras-kerasnya cubaan rampasan kuasa tentera di Turki.

“Kerajaan perlu ditubuhkan melalui pilihan raya bebas dan adil, bukannya dengan paksaan.

“Saya berdoa kepada Tuhan untuk Turki, rakyat Turki dan semua yang berada di Turki supaya keadaan itu diselesaikan secara aman dan segera,” kata Gulen yang kini menetap di Pennsylvania dalam satu kenyataan ringkas sejurus sebelum tengah malam Jumaat.

Pasukan tentera negara itu cuba menggulingkan kerajaan Turki sebanyak tiga kali sejak 1960 sehingga menyaksikan kejatuhan kerajaan Islam pada 1997.

Dalam pada itu, Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul dibuka semula dan saluran berita tempatan yang ditutup sementara oleh pasukan tentera semalam, turut memulakan siaran.

KLIK VIDEO: Jet F16 Turki tembak jatuh helikopter tentera tembak orang awam!

KLIK BACA: Rakyat Malaysia Lihat Tentera Cuba Tawan Balai Polis Istanbul

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa