Pemimpin NGO membawa akhinya tonggeng punggung pun ada
NGO mengaku Islam tapi buat perangai macam siot memalukan Agama Islam itu sendiri pun ada
Orang luar tengok mesti tergelak punya
Kalau orang biasa macam setengah-setengah bloggers tu aku tak heranlah kerana bukan semua bloggers habis sekolah
Bekas polis kena buang kerana kutip duit tepi jalan pun ada
Ni nak tanya bloody fool anak Kulup ni
Adakah mana-mana pelakun yang mengaku bawa watak sesiapa di dalam klip video tu
Ada dia orang sebut Rosmah?
Atau ada dia sebut Najib?
Apa pulak kena mengena dengan Melayu dan Islam?
Kalau memang perangai semacam disatirakan itu memanglah memalukan!
Apa pulak kena mengena dengan Melayu dan Islam?
Kalau memang perangai semacam disatirakan itu memanglah memalukan!
NGO: Dakwa Teresa kerana hina pemimpin negara
MP Seputeh, Teresa Kok harus didakwa menghina negara menerusi video 'Onederful Malaysia CNY 2014' kerana seorang pelakonnya membawa watak yang menyerupai isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Gesaan itu dibuat Pengerusi NGO Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah dalam satu temubual dengan Malaysiakini dan KiniTV.
Menurut Abdul Rani, watak pelakon itu dengan memakai cincin dan membawa beg tangan di dalam video tersebut dianggap menghina Rosmah Mansor.
Beliau merujuk kepada pelakon Lim Ching Miau, yang membawakan watak 'Mrs Jit', seorang pakar feng shui dalam rancangan bual bicara olok-olok yang menampilkan Kok sebagai pengaracaranya.
"YB Seputeh Teresa harus dihadap ke mahkamah kerana (video) dia ada unsur memperlekeh, memperleceh dan dia juga ada unsur-unsur menghina pemimpin di situ.
"Kita tengok seorang yang perempuan itu, sebiji macam Datin Seri Rosmah Mansor. Dengan gaya, dengan beg tangan, dengan cincin. Itu hinalah tu," kata Abdul Rani.
"Raya Cina ini sambutan yang mulia oleh orang Cina tetapi dicemarkan sambutannya oleh Teresa Kok," katanya lagi.
Menurutnya, langkah kerajaan yang dilihat agak berlembut dengan tindakan itu akan menyebabkan tindakan-tindakan lain yang sama sepertinya, berlarutan.
Tegasnya, ia akan hanya dihentikan apabila NGO seperti MJMM masuk campur dan membuat 'tawaran' seperti yang berlaku pada 6 Februari lalu.
"Maka kalau tidak diseret, tidak diambil tindakan ke mahkamah pemimpin-pemimpin yang menghina dan memperlekeh Sultan, Yang di-Pertuan Agung dan orang Melayu serta agama Islam, maka ia akan berlarutan.
"Lepas satu, satu (lagi kejadian berlaku). Maka bagi pelempang sekali dia diam," katanya.
MJMM merupakan salah satu daripada NGO yang lambangnya tertera pada kenyataan media yang dibaca dan diedarkan pada perhimpunan yang menawarkan ganjaran wang untuk menampar Teresa Kok.
Abdul Rani bagaiamana pun menafikan MJMM yang dipimpinnya terlibat secara langsung.
"Saya rasa sangat hairan juga kenapa MJMM terlibat di situ, dalam kumpulan yang buat demo dekat Jalan Tun Perak di Pudu Raya itu," katanya sambil menjelaskan yang beliau hanya hadir ke upacara itu atas "jemputan kawan-kawan".
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula berpandangan video tersebut dilihat sebagai satu siri perbuatan keterlaluan yang menguji sikap toleransi orang Melayu Islam selama ini.
"Sebelum itu Lim Kit Siang (MP Gelang Patah) pula tegur khutbah.
"Sudah-sudahlah itu, kadang-kadang orang pun tak tahan juga," katanya.
Beliau memberikan perumpamaan upacara membakar mercun yang biasa dilakukan orang Melayu dan orang Cina pada musim-musim perayaan.
Menurutnya, walaupun undang-undang jelas melarangnya, amalan membakar mercun masih lagi dibenarkan pihak berkuasa dan orang ramai masih selagi ia tidak memudaratkan orang lain.
"Kalau bakar mercun tepi rumah OK lagi tapi kalau bakar mercun tepi telinga.... (dan cakap) "Rilekslah kita berkawan, you faham tak?".
"Tak bolehlah macam itu kita berkawan, bubuh bawah kaki, tak bolehlah macam itu.
"Dia ada limit (ada had). Ini yang kita kata biadap macam tak pergi sekolah," kata Nadzim. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa