Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 16, 2014

Kalau Benar Rakyat Sarawak Sepakat “Bumi Sarawak hanya untuk rakyat Sarawak” Kenapa Risaukan UMNO?

Ini bermakna PBB tidak yakin yang rakyat Sarawak jitu di belakang parti mereka!
Apa maknanya mereka masuk persekutuan Malaysia?

Parti Semenanjung di Sarawak wajar disepak keluar

Pasukan theantdaily
FOKUS SARAWAK:  Ketua Menteri Sarawak yang bakal berundur, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi mesej jelas kepada rakan-rakannya di dalam parti PBB Sabtu lepas: “Hak Sarawak bagi rakyat Sarawak.” Ianya disambut baik semua lapisan masyarakat di situ.
Mengapa tidak? Mereka memang dari dahulu tidak percayakan Umno dan agenda “Ketuanan Melayu”. Namun Taib secara berdiplomasi berkata, dasar Umno tidak sesuai di negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berdiplomasi apabila memberi jaminan bahawa Umno tidak berhasrat bertapak di Sarawak selagi PBB berperanan seperti Umno di semenanjung.
“Kami tidak mahu peranan yang bertindan di dalam BN. Umno dan PBB telah menjalin kerjasama erat bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara,” ujar Muhyiddin di Kuching selepas menerima anugerah “Datuk Patinggi” daripada Gabenor Tun Abang Muhammad Salahuddin.
Tetapi warga Sarawak sedar Umno tidak akan ke Sarawak selagi negeri itu dibawah jagaan Taib. Beliau dianggap tokoh yang tiada tolok bandingan. Jika beliau sudah tiada, ceritanya mungkin berbeza.
Buat masa ini, isu kemasukan Umno heboh diperkatakan.
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menggesa satu usul dibentangkan di sidang dewan undangan negeri bagi menyekat kemasukan Umno ke negeri itu. Beliau turut menggesa parti komponen BN bekerjasama dengan Pakatan bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.
Sehubungan itu, ketua pemuda SUPP Tan Kai berkata, pemimpin DAP sewajarnya keluar parti dan menubuhkan parti baharu “agar mereka tidak lagi diterajui pemimpin Semenanjung”.
“Menarik kerana DAP Sarawak mencadangkan Umno disekat, tetapi pemimpinnya tidak menyebut tentang PAS dan PKR, yang radikal. Mereka juga berasal dari Semenanjung.
“Jika Chong serius, beliau wajar menyebut tentang PAS dan PKR juga. Parti-parti tersebut perlu disepak keluar, jika beliau mahu meyakinkan orang ramai,” ujarnya.
Tan Kai turut menggesa Chong keluar dari DAP dan menubuhkan parti lain supaya tidak lagi dipimpin ketua DAP di semenanjung. Langkah ini juga dapat memastikan hak serta kepentingan warga Sarawak terjamin.
Kata-kata Tan ada betulnya. Jika pemimpin DAP Sarawak setuju dengan saranan Taib agar “bumi Sarawak hanya untuk rakyat Sarawak”, maka semua parti politik daripada semenanjung tidak wajar  berada di negeri itu. Dasar itu meletakkan Sarawak dibawah pimpinan warga Sarawak sahaja.
Chong boleh berkata bahawa jawatankuasa DAP Sarawak dianggotai orang Sarawak sahaja.
Tetapi mereka terpaksa akur dengan keputusan penting yang dibuat di peringkat pusat. Sama juga dengan PAS dan PKR.
Jika ada perselisihan pendapat, pemimpin pusat yang akan memutuskannya.
Surat kuasa juga ditandatangani mereka. Pengerusi di peringkat negeri tiada hal berbuat begitu.
Chong mesti terpaksa merujuk Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang sebelum berbuat apa-apa keputusan bagi DAP Sarawak.
Bagi PKR Sarawak, keadaannya lebih teruk. Baru Bian dianggap pemimpin yang benar-benar lemah.
Rakan-rakan partinya Ali Biju dan See Chee How kini dikatakan lebih selesa dengan pimpinan BN Sarawak.
Pimpinan DAP Sarawak dilihat lebih lantang dengan Chong Chieng Jen kerap mempersoal tindak tanduk Taib yang didakwa korup dan menyalahguna kuasa.
PAS tidak diwakili di sidang dewan undangan negeri tetapi mempunyai sokongan di peringkat akar umbi.
Jika warga Sarawak tidak mahukan Umno di situ, mahukah mereka kepada PKR, DAP atau PAS?
Mungkin mereka semua wajar disepak keluar juga.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa