Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 17, 2014

`Tentera' Bersenjata Tiruan?

Kumpulan `tentera' bersenjata tiruan ditahan
Oleh Ahmad Ismail
Segamat: Polis menahan 18 lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an di sebuah ladang kelapa sawit di Jementah dekat sini, selepas dipercayai berlatih menembak menggunakan raifal tiruan, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang itu, polis turut merampas 14 senjata api tiruan termasuk menyerupai M-16 dan AK-47.
Difahamkan, tangkapan itu dibuat selepas polis menerima maklumat daripada seorang pekebun yang kebetulan melalui kawasan berkenaan dan mencurigai kehadiran sekumpulan lelaki lengkap berpakaian ala tentera berlatih menembak menggunakan senjata itu.
Menurut sumber, bimbangkan keselamatan penduduk berhampiran, pekebun itu membuat laporan di Balai Polis Jementah sebelum sepasukan polis tiba bagi melakukan siasatan.
 
 
SENJATA api tiruan yang dirampas daripada sekumpulan lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Segamat

Ketika bertemu kumpulan terbabit, katanya, polis dimaklumkan bahawa mereka anggota sebuah Kelab Sukan di Johor Bahru dan melakukan aktiviti menembak menggunakan senjata tiruan.

Berikutan itu, polis merampas 14 senjata tiruan yang menggunakan bateri dan 18 pakaian ala tentera untuk siasatan lanjut, katanya.

Menurut sumber itu lagi, daripada 18 lelaki yang ditangkap itu, empat orang telah dibebaskan manakala 14 lagi ditahan reman sampai esok untuk siasatan lanjut.

2 comments:

  1. ...apakah ini al maunah siri kedua ? selepas Al maunah I tak dapat nak kaitkan dengan PAS ?

    ReplyDelete
  2. Hanya polis shj yg boleh menggunakan senjata sehingga Aminurashid terbunuh.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa