Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 15, 2014

Bila Sibongok Berlagak Bijak!

Bila tanggung jawab diberikan kepada yang bukan ahlinya, kebongokannya akan terserlah! 

Pemuda PAS saran Zahid diberi 'tuisyen percuma'

Dewan Pemuda PAS (DPP) merasakan sangat wajar sekiranya penasihat undang-undang KDN memberi ‘tuisyen percuma’ kepada Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang peruntukan Seksyen 503 Kanun Keseksaan.

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) DPP berkata adalah sangat tidak munasabah bagi menteri kanan yang menjaga soal keselamatan negara bila mengatakan hanya jika tawaran membunuh Teresa Kok dikeluarkan oleh NGO terbabit, barulah ianya dikira sebagai suatu kesalahan.

Oleh itu, Pengarahnya, Norazmir Zakaria berkata, JUHAM merasakan sangat wajar sekiranya penasihat undang-undang KDN atau penasihat undang-Undang Umno memberi ‘tuisyen percuma’ kepada Zahid tentang peruntukan Seksyen 503 Kanun Keseksaan.

"Seksyen 503 ini memperuntukkan bahawa perbuatan melakukan intimidasi jenayah adalah suatu kesalahan jenayah dan ianya boleh dihukum di bawah Seksyen 506 kanun yang sama iaitu penjara sehingga selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan.

"Jika dibaca lanjut Seksyen 506 tersebut, sekiranya intimidasi jenayah itu dilakukan hingga ke tahap melakukan ugutan untuk membunuh atau mengakibatkan kecederaan teruk kepada seseorang, si pelaku boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

"Jika dilihat peruntukan Seksyen 506 ini, jelas menunjukkan bahawa kenyataan Zahid bahawa hanya jika tawaran membunuh Teresa dikeluarkan, barulah ianya dianggap sebagai satu kesalahan jenayah, adalah suatu kenyataan yang menyalahi sama sekali hakikat sebenar peruntukan undang-undang berkaitan perkata tersebut," tambahnya

JUHAM juga, kata Norazmir, merasa amat lucu sekali bila membaca kenyataan penasihat undang-Undang kepada NGO terbabit, Khairul Azam Abdul Aziz yang secara janggal  ‘mengaplikasikan’ teori asas di dalam undang-undang kontrak apabila beliau menyatakan bahawa tawaran menampar tersebut adalah sekadar ‘invitation to treat’ dan bukannya satu ancaman.

"Inilah yang terjadi bila terlalu ghairah mempertahankan perkara yang salah hingga sanggup mengeluarkan teori-teori pelik. Padahal persoalan sama ada tawaran tersebut adalah benar-benar suatu ‘offer’ atau hanya ‘invitation to treat’ adalah tidak relevan sama sekali.

'... kerana isu di sini bukanlah suatu pertikaian berkaitan dengan mana-mana kontrak atau perjanjian di antara mana-mana pihak yang bertelagah.

"Undang-Undang Kontrak adalah suatu cabang di bawah undang-undang sivil dan tidak berkaitan dengan persoalan undang-undang jenayah. 

"Tetapi tawaran menampar ini jelas suatu isu jenayah yang berkaitan dengan ancaman untuk mencederakan seseorang di luar dari batas undang," kata Norazmir.

Dalam hal ini, katanya, JUHAM menegaskan pendirian bahawa tindakan yang dilakukan oleh NGO terbabit adalah suatu kesalahan jenayah yang wajib disiasat oleh pihak polis dan seterusnya di dakwa di mahkamah. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa