Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 1, 2016

Belit atau cuba longgarkan screw?

Terlalu awal untuk kata Umno sokong pinda Akta 355 - Hishammuddin
01 Jun 2016 | HAZRI NAWAR
Hishamuddin masih berteka teki pendirian Umno hal RUU 355

Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada Ahli Parlimen Umno akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Berkaitan Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibawa oleh Presiden PAS minggu lalu.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata RUU tersebut baru sahaja dibentangkan untuk bacaan pertama pada 26 Mei lalu dan perlu melalui prosedur-prosedur yang lain sebelum dimuktamadkan.

"Kita perlu tunggu dan lihat kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa perkara itu perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu sebelum dibawa ke negeri-negeri dan Majlis Raja-Raja. Prosesnya masih panjang untuk dilalui," katanya kepada pemberita semalam.

Ditanya sama ada Ahli Perlimen Umno akan menyokong RUU itu, beliau bagaimanapun berkata hanya akan mendedahkan perkara itu jika ia dibentangkan kali kedua dan didebatkan.

Hishammuddin berkata, beliau juga maklum bahawa RUU itu memerlukan sokongan majoriti untuk diluluskan, bermaksud ia memerlukan sokongan Ahli Parlimen daripada Umno dan rakan-rakan BN yang lain.

"Sekiranya kita mahu ia diluluskan, kita perlu mendapat sokongan daripada semua komponen BN. Inilah kekuatan BN yang akhirnya kita akan duduk bersama untuk membuat keputusan demi manfaat bersama," katanya.

# logiknya kalau dah MP UMNO cadang dan disokong pula oleh MP UMNO juga, apa maknanya?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa