Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 17, 2016

Orang yang tak biasa bohong dan tak biasa menipu memang kelu nak jawab soklan ni!

Friday, June 17, 2016
Ke mana Zahid "larikan" wang RM12 juta?

ENEKDOT JUMAAT

Mungkinkah saya yang "bingung" atau kerajaan khasnya Zahid Hamidi yang bingung mengenai kenyataanya konon wang berjumlah RM12 juta yang diusahakan oleh keluarga empat mangsa culik di Sarawak tidak diserahkan kepada penculik tetapi disalurkan kepada badan di Filipina untuk melaksanakan aktiviti Islam secara sah.
Pekara-perkara yang membingungkan;

1. Empat tebusan itu yang ditahan selama 69 hari (semua Cina) telah dibebaskan. Persoalannya kenapa mereka dibebaskan. Kalau mereka ditahan kerana menuntut bayaran, ini bermakna mereka dibebaskan setelah wang tebusan sudah dilunasi. Masakan si penculik baghral sangat saja-saja main-main culik. Penculikan itu bukan suatu demostrasi atau stimulasi rasanya.

2. Pihak keluarga menjelaskan mereka mengumpul wang sebanyak RM12 juta hasil derma orang ramai dan termasuk menggadaikan aset mereka. Wang itu diserahkan kepada polis. Apabila IGP bernama Kahlid Abu Bakar mengatakan tiada wang diserahkan kepada penculik, pihak keluarga mempertikaikan ke mana wang itu diserahkan. Mereka musykil sungguh.

3. Setelah keluarga mempertikaikannya, maka Zahid membuat kenyataan (mengeliru dan membingungkan) itu, kononnya wang itu diserahkan kepada badan tertentu di Filipina. Apakah Zahid berbohong dan tidak mahu mengakui yang wang itu telah diserahkan kepada penculik kerana hendak jaga maruah kerajaan (polis) yang sebelum ini sama sekali tidak akan melayani tuntutan wang oleh pemnculik itu?

Zahid wajar menyebut nama badan khas itu, jangan buat seperti kenyataan membela Najib dalam isu dana RM2.6 juta yang diderma oleh raja Arab yang tidak berrnama? Sebelum ini sudah kerap Naib Presiden ini membuat kenyataan yang tidak konsisten dan lelucu.

4. Cara penjelasan Zahid itu boleh menyebabkan badan khas di Filipina yang diserahkan wang itu akan dianggap sebagai agen penculikan berlesen yang diikhtiraf oleh kerajaan. Apakah kerajaan Filipina mengeluarkan lesen sah untuk melakukan penculikan. Kerana sebagai badan sah pasti pihak berkuasa Filipina mengetahui akan badan berkenaan. Pelik.

4. Lebih dahsyat lagi "kluk klik" macam ikan keli dalam besen dan kekeliruan itu juga menyebabkan orang boleh beranggapan mungkin pihak polis yang makan wang RM12 juta itu? Ini sangkaan yang sangat teruk.

5. Desakan sebuah NGO agar kementerian dalam negeri khasnya Zahid Hamidi menjelaskan kedudukan wang itu adalah wajar ditunaikan untuk pengetahuan orang ramai. Atau pun wang RM12 juta itu dilempar ke laut Cina Selatan untuk makanan jerung bagi si ikan besar itu mengadakan majlis berbuka puasa dan menyambut hari raya. Ikan puasa juga ke?

6. Apa yang dilakukan Zahid berhubung isu ini, benar seperti kata NGO itu menunjukkan kelemahan beliau sebagai menteri KDN dan Timnbalan Perdana Menteri. Ia juga memberi gambaran soal keselamatamn dan nyawa seperti dipermain-mainkan dan  Zahid tidak boleh diharap untuk menjaga negara dan rakyat. [wm.kl.1:15 t/hari 17/06/16]

Posted by mohd sayuti Omar at 1:17:00 PM 

2 comments:

  1. Dia ni duluuuu lagi utusan malaysia kata jenis cakap pusing2
    Ambik jenis pusing cakap duk atas emmm gini la jadinya
    Orang yg biasa berbohong aje yg berani bohong benda2 gini, dia kata aaah ada jalan nanti nak cover , cakap aje dulu nanti2 fikir camana nak pusing kot lain pulak, phuiiii

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa