Undi Pas membazir, tiada peluang menang, kata Zaid Ibrahim
12 Jun 2016 | BORHAN AHMAD
Pengundi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak perlu mengundi calon Pas dalam pilihan raya kali ini kerana parti itu tidak berpeluang untuk menang dan membazir sahaja, kata Datuk Zaid Ibrahim.
"Bagi pengundi Melayu, tak usahlah undi Pas, buang masa saja kerana pas akan kalah. Undi untuk parti yang tentu kalah buat apa.
"Pas sudah menjadi parti yang tiada perjuangan. Jadi jangan undi Pas, undi Azhar, calon Amanah," kata Zaid, bekas menteri kerajaan BN yang menjaga urusan perundangan ketika itu.
Beliau berkata demikian dalam kolokium 1MDB, anjuran DAP melalui kumpulan Deklarasi Rakyat di sebuah dewan Cina dekat Sekinchan semalam.
Oleh itu, katanya, bagi membolehkan undi mereka penuh bermakna dalam pilihan raya ini, mereka perlu undi Amanah.
Menurut Zaid, negara ini sudah terlalu teruk bukan saja pada pandangan rakyat negara ini bahkan juga sangat buruk di peringkat antarabangsa.
Bagi beliau, pilihan raya ini amat penting dalam menentukan negara terus merudum atau bangkit kembali.
"Jika ada pemimpin curi, penyiasat pula tidak siasat. Ini tanda kurang baik untuk negara.
"Kalau rakyat tidak beri kata dua kepada pemimpin, maka 1 MDB akan jadi 2 MDB dan seterusnya akan menjadi 3 MDB," kata Zaid merujuk kepada skandal terbesar negara itu.
12 Jun 2016 | BORHAN AHMAD
Datuk Zaid Ibrahim

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa