Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 16, 2016

Soalan kantoi dari Rafizi

Kenapa jet kerajaan yang sedang diselenggara ada di Kazakhstan, tanya Rafizi
16 Jun 2016 | BORHAN AHMAD
Kenapa jet baru milik kerajaan yang dikatakan sedang diselenggara berada di Kazakhstan, tanya Rafizi menambahkan kebingungan dengan skandal kerajaan BN.

Kenapa jet baru milik kerajaan yang dikatakan sedang diselenggara berada di Kazakhstan, tanya Rafizi menambahkan kebingungan dengan skandal kerajaan BN.

Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa, jet terbaru milik kerajaan ACJ320 9M-NAB yang dikatakan sedang diselenggara sebenarnya berada di Kazakhstan.

Ia berdasarkan maklumat pengkalan data penerbangan yang diperolehi oleh beliau.

"Saya dimaklumkan bahawa setakat minggu lepas sehingga 12 Jun 2016, jet terbaru milik kerajaan ACJ320 9M-NAB itu berada di Kazakhstan, seperti paparan dari pengkalan data kedudukan pesawat.  
"Ini menimbulkan tanda tanya kenapa jet yang diubahsuai khusus itu berada di Kazakhstan," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.

Menantu kepada perdana menteri, iaitu suami kepada Nooryana Najwa, Daniyar Kessibayev adalah berasal dari Kazakhstan.

Menurut Rafizi, beliau juga menyemak kehadiran syarikat yang berkaitan dengan industri penerbangan mewah yang ada di Kazakhstan untuk mengesahkan kebenaran dakwaan bahawa jet terbaru milik kerajaan itu kini sedang disenggara.

"Saya mengakui bahawa sebuah syarikat yang berkaitan dengan Comlux memang ada di Kazakhstan iaitu Comlux Kazakhstan LLC yang operasinya melibatkan sewaan jet dan khidmat-khidmat lain.

Saya juga sedia maklum bahawa pada kebiasaannya jika sebuah jet itu sedang disenggara maka Comlux boleh menggantikan sebuah lagi jet lain buat sementara waktu sementara jet disenggara.

"Malangnya sehingga kini tidak ada sebarang laporan mengenai aktiviti senggaraan ke atas ACJ320 9M-NAB seperti yang didakwa sedangkan selalunya pergerakan dan aktiviti jet dilaporkan secara terperinci oleh perunding penerbangan seperti Aero Transport Databank (www.aerotransport.org)," katanya lagi.   Oleh yang demikian, Rafizi menyeru Jabatan Perdana Menteri mengesahkan secara rasmi dan menunjukkan bukti bahawa jet ACJ320 9M-NAB memang berada di Kazakhstan dan sedang melalui proses senggaraan.

Kerajaan juga, katanya, perlu menerangkan kenapa tidak ada jet gentian yang digunakan seperti amalan biasa sehingga perlu menyewa sebuah jet baru dari Emirates yang merugikan rakyat.

Sejak beliau mula-mula mendedahkan kontroversi kerajaan menyewa sebuah jet peribadi mewah dari Emirates yang digunakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor untuk ke Istanbul minggu lalu, alasan yang diberikan oleh pihak Datin Seri Rosmah Mansor ialah sewaan jet mewah itu adalah satu keperluan kerana jet terbaru milik kerajaan iaitu ACJ320 9M-NAB kini sedang disenggara (“maintenance”) dan tidak boleh digunakan.

Semalam Rafizi menunjukkan bagaimana kalau pun benar jet ACJ320 9M-NAB kini tidak boleh digunakan kerana sedang disenggara, Rosmah boleh sahaja menggunakan satu lagi jet sedia ada iaitu ACJ319 9M-NAA memandangkan sekarang pun ada 2 jet yang beroperasi iaitu ACJ319 9M-NAA dan BBJ737-700 M53-01.

"Walau bagaimana pun, saya telah mendapat maklumat dari pemberi maklumat yang membantu saya cuba menjejaki lokasi sebenar jet terbaru ACJ320 9M-NAB untuk mengesahkan kebenaran dakwaan bahawa sewaan jet dari Emirates itu satu keperluan kerana jet terbaru milik kerajaan sedang disenggara," katanya.

# Aiikk.......takkan Jet yang dibeli oleh kerajaan Malaysia digunasama Kazakhstan?

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa