Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 12, 2016

Adakah Mamat ni cakap bersandarkan fakta?

# Namun, katanya, orang Melayu bebas pulang ke kampung kerana askar Jepun tidak berminat mencetuskan pergaduhan dengan orang Melayu.

Setahu aku, semuanya tidak dibenarkan pulang. Nama lagi 'buruh paksa'. Melayu yang berjaya pulang hanya dengan cara melarikan diri ke dalam hutan dan yang bernasib baik mereka mendapat pertolongan dari orang Thai.

KUMPULAN DEATH RAILWAY INTEREST MEMINTA MANGSA DAN KELUARGA TAMPIL BERKONGSI KISAH SUPAYA KESENGSARAAN ITU TIDAK MATI BERSAMA MEREKA.
oleh Minderjeet Kaur

KUALA LUMPUR: Bagi sukarelawan kumpulan penyokong mangsa landasan kereta api maut, mereka berharap 100,000 orang keturunan Tamil di Tanah Melayu yang maut ketika membina jaringan landasan itu dikenang dan nama mereka terukir dalam sejarah.

Mayat mereka dikebumikan dari hujung ke hujung, sepanjang 415km laluan kereta api dari Ban Pong di Thailand hingga sempadan Burma, di mana ribuan buruh paksa Tamil membina jaringan untuk tentera Jepun ketika Perang Dunia kedua bagi mengangkut askar serta bahan bekalan dari Bangkok ke Burma.

Ia adalah pembinaan terbesar dilakukan Jepun pada 1942.

Penyelidik kumpulan itu, P. Chandrasekaran berkata kematian ngeri “hero yang dilupakan” itu tidak patut disia-siakan dan kekal tidak dikenali.

“Hari ini, kebanyakan mereka yang terselamat sudah meninggal dunia, atau kini berusia antara 80 hingga 90 tahun, dan menjadi saksi kepada tahun-tahun kesengsaraan, wabak, kebuluran, penderaan, pembunuhan dan bunuh diri,” katanya kepada FMT.

Beliau bimbang cebisan sejarah yang penting ini akan terkubur bersama mereka nanti, jika tidak didokumenkan.

Sejak beberapa tahun lalu, beliau dan beberapa yang lain dalam kumpulan itu mengesan dan berbual dengan bekas buruh landasan itu, kebanyakannya berbangsa Tamil, tentang kisah zaman perang mereka.

Beliau juga bercakap kepada akhbar berbahasa Tamil meminta mereka yang terselamat dalam pembinaan landasan itu menghubunginya menerusi deathrailway.org dan Facebook kumpulan itu, The Chronicles of the Death Railway and the Indian National Army, tetapi responsnya masih lagi suam-suam kuku.

Chandrasekaran berharap lebih ramai akan tampil memberikan maklumat, di samping sukarelawan datang membantu menyusun sejarah itu.

Setakat ini, katanya, semua buruh yang ditemui mempunyai kisah ngeri yang sama.

Pada kemuncak Perang Dunia Kedua, British menghentikan pengeksportan getah menyebabkan pekerja estet menganggur. Jepun kemudian memberitahu mereka landasan kereta api itu ialah projek yang besar dan akan membayar gaji yang lumayan.

Chandrasekaran berkata pada mulanya, hampir semua pergi bekerja secara sukarela kerana dijanjikan gaji dan akan kembali ke Malaya dalam tempoh 90 hari.

“Mereka tidak tahu apa yang menanti di situ, ada yang membawa keluarga bersama. Tetapi mereka tidak dapat pulang. Kebanyakannya mati kerana kekurangan zat dan pengabaian.

“Pada penghujung perang, kira-kira 1,000 kanak-kanak berada di tapak perkhemahan dengan suku daripadanya menjadi yatim piatu,” katanya.

Sebaik saja pekerja estet sedar beberapa kumpulan buruh yang terawal masih tidak kembali ke kampung, mereka enggan mengikuti perjalanan itu.

Tetapi askar Jepun bertukar menjadi lebih berani dan memaksa mereka ke sana. Pada mulanya, Jepun memaksa sekurang-kurangnya seorang anak lelaki yang sihat daripada setiap keluarga dihantar bekerja di landasan, tetapi kemudiannya mana-mana pekerja estet lelaki dan anak mereka dipaksa ke sana.

Chandrasekaran pada masa ini sedang menemu bual dan menyusun senarai kisah harian hidup di kem dan bekerja secara berkumpulan.

Beliau berharap dapat menubuhkan organisasi rasmi untuk bertindak sebagai Yayasan Warisan bagi menghargai pengorbanan mereka.

“Kadangkala pekerja estet akan pergi menonton wayang petang selepas penat bekerja tetapi lelaki dan remaja lelaki tidak pernah pulang selepas itu.

“Ketika pekerja lelaki hendak ke pintu keluar, mereka akan diberkas tentera Jepun. Atau mereka dikeluarkan secara paksa dari rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, mereka bekerja 12 jam sehari memecahkan batu gunung atau membersihkan hutan malaria.

Mereka makan bubur dengan ikan masin, katanya.

“Ramai yang mati kerana cirit birit akibat sistem sanitasi yang teruk. Askar Jepun dapat makanan yang sedap sementara buruh makan makanan basi. Akhirnya kena keracunan makanan. Ada yang sangat lemah, tidak boleh bergerak. Mati dalam selimut yang dipenuhi najis.”

Ramai bertindak membunuh diri kerana tidak tahan dengan keadaan kehidupan di situ atau lelah dengan kerja, kebuluran, denggi dan malaria, katanya.

Chandrasekaran berkata melihat kepada kesengsaraan yang sangat teruk itu, beliau terkejut kerana kesedaran mengenai peranan buruh Asia di landasan maut itu sangat sedikit di Asia Tenggara.

Selain orang Tamil di Tanah Melayu, mangsa juga terdiri daripada warga Thailand, Burma, Jawa dan Melayu, kebanyakan dari Kelantan dan Terengganu.

Namun, katanya, orang Melayu bebas pulang ke kampung kerana askar Jepun tidak berminat mencetuskan pergaduhan dengan orang Melayu.

British peduli kepada setiap tahanan perang, tetapi orang Asia, mereka lupakan, katanya.

Tidak ada sesiapa yang mengambil nama mereka yang mati di kem dan memaklumkan kepada keluarga terbabit. Kini, amat sukar mengenal pasti mereka yang hilang di hutan tebal Burma itu.

Meskipun, tulang buruh Tamil bersepahan kekal tidak diketahui milik siapa, beliau berharap mereka dapat diberi penghormatan dengan cara mendokumentasikan “hero yang dilupakan” bagi menunjukkan pengorbanan mereka dan kenangan yang masih ada di situ.

1 comment:

  1. Betoi ka fakta irang melayu bebas pulang je kampung??? Mana mamat india ni dapat fakta? Nak bercakap biar ada fakta, bukan serupa paria!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa