Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 10, 2016

Kata Salleh, yang muktamad ialah Laporan PAC. Adakah rakyat boleh terima?

Sunday, 10 July 2016
KENAPA HANYA SALLEH?

Semalam Salleh Said Keruak meminta pihak polis menyiasat bagaimana Laporan Audit 1MDB yang diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA boleh bocor kepada Sarawak Report.

Hari ini pula beliau mengatakan Sarawak Report cuba memperdaya orangramai mengenai 1MDB berikutan tindakannya mendedahkan laporan audit itu.

Ini kerana katanya, laporan audit hanyalah salah satu komponen yang digunakan oleh PAC dalam menyiapkan laporannya mengenai 1MDB.

Tegas Salleh lagi,  yang muktamad ialah Laporan PAC.
Sebelum Salleh lupa, bagaimana tentang laporan Bank Negara mengenai 1MDB yang juga menemui beberapa kepincangan dalam urusan dan perjalanan syarikat tersebut?

Adakah beliau tidak ingat lagi tentang surat Bank Negara yang mengesahkan mengenai pemilikan Good Star Ltd oleh Jho Low yang kemudiannya maklumat tersebut diubah suai dalam Laporan PAC?

Jika laporan audit dan dapatan Bank Negara sudah sedemikian rupa, apa lagi yang mahu dipertahankan tentang 1MDB?

Jadi, di mana  logiknya laporan itu memperdaya orangramai?

Satu lagi, kenapa hanya Salleh seorang saja yang masih rajin bercakap membela Najib Razak mengenai 1MDB?

Mana menteri dan pemimpin UMNO yang lain? 

Adakah mereka sudah tidak berminat lagi membela Najib sebagaimana dahulu?

Zahid Hamidi sendiri nampaknya lebih gemar menonjolkan diri bercakap mengenai pengganas Islam atau Daish berbanding 1MDB yang terus-menerus sukar dipisahkan daripada Najib dan membebankan negara. (SH 10/07/2016).- sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa