Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 10, 2016

Ku Seman - Dirinya tidak berani hendak memaki hamun Guan Eng kerana.......

Maki Guan Eng bermakna maki hamun 1MDB, sindir bekas pengarang Utusan
10 Julai 2016 | ARIF ATAN
Lim Guan Eng membuat perkara lumrah yang pernah dilakukan

"Takkan kita sudah lupa atau buat-buat lupa bahawa 1MDB membeli tanah daripada kerajaan untuk TRX (Tun Razak Exchange) di bawah harga pasaran?"

Demikian bidasan bekas pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain ketika mengulas pendakwaan mahkamah ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membeli banglo di bawah harga pasaran.

Beliau berkata, Guan Eng membuat perkara lumrah yang pernah dilakukan oleh syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila membeli tanah daripada kerajaan dengan harga yang terlalu rendah.

"1MDB membeli sebidang tanah 28 ekar daripada kerajaan dengan harga RM194 juta kemudian menjual 1.5 ekar kepada Tabung Haji dengan harga RM188.5 juta atau harga RM2,734 satu kaki persegi.

"Cuba bayangkan begini: 28 ekar harga (belian)nya RM194 juta. Hanya jual 1.56 ekar daripada keluasan itu sudah dapat RM188.5 juta. Tidakkah 1MDB membeli tanah itu daripada kerajaan dengan harga yang sangat murah?" soalnya dalam status Facebook beliau semalam.

Menurutnya, potongan harga yang digelar sebagai "gila babi" kepada 1MDB itu menyedut duit rakyat melalui pelbagai cukai dikenakan.

"Tidakkah kita terfikir bahawa penguasa membeli sesuatu di bawah harga pasaran adalah suatu yang 'lumrah'? Kalau tidak lumrah, sudah tentu Umno yang mendukung slogan 'Demi agama, bangsa dan negara' menentang habis-habisan taktik 1MDB membeli tanah di bawah harga pasaran," tegasnya dalam status di media sosial itu yang mendapat lebih 200 'likes' dan 70 komentar setakat pagi ini.

Sehubungan itu, Ku Seman berkata, dirinya tidak berani hendak memaki hamun Guan Eng yang juga Setiausaha DAP itu kerana tindakan tersebut samalah memaki hamun 1MDB sebagai syarikat pelaburan milik negara.

Mengajak orang ramai berfikir sama ada urus niaga 1MDB itu betul manakala Guan Eng salah, Ku Seman secara sinis menganggap Tun Mahathir bersalah kerana memperkenalkan slogan 'Kepimpinan Melalui Teladan' pada 1980-an lalu.

"Lim Guan Eng telah mengikut teladan penguasa yang lebih Besar daripadanya," tambah Ku Seman lagi.

Menjelang Aidilfitri pada 30 Jun lalu, Guan Eng didakwa atas dua tuduhan rasuah berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn yang dibelinya di bawah nilai pasaran dan dikatakan menggunakan kedudukannya bagi meluluskan permohonan pengezonan semula lot pertanian kepada lot perumahan.

Untuk rekod, projek raksasa TRX adalah antara pelaburan yang dijalankan 1MDB dengan nilai pembangunan kasar dilanggar mencecah RM40 bilion.

Pada 2013 lalu, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dilapor sebagai pelabur luar utama dan yang pertama untuk projek berbilion itu dengan akan membawa masuk modal bagi pembangunan TRX.

Dalam hal berkaitan, Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 15 Mac lalu memberitahu, kerajaan telah mengenal pasti TRX sebagai projek permulaan dalam Program Transformasi Ekonomi bagi mencapai lebih dua kali ganda pendapatan per kapita menjelang 2020.

Sementara itu, TH pada Februari lalu dilapor merancang membangunkan pangsapuri kediaman di tanahnya yang terletak di TRX dengan nilai pembangunan kasar RM820 juta.

1 comment:

  1. contoh yg paling baik untuk di fikirkan...
    tak ada pula sprm.polis bekejar untuk menyiasat...
    ikut la hangpa..rakyat bukan bodoh bukannya buta..semua depan mata...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa