Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 11, 2016

Salahuddin kembali kepada Pas: Apa kata Salahuddin........

Salahuddin kembali kepada Pas?

1. Sambutan Aidil Fitri Syawal tahun ini begitu bermakna bagi saya setelah setahun bermula dengan Gerakan Harapan Baru( GHB) dan seterusnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) , sebuah parti yang saya bersama membinanya dari hari pertama kewujudanya.

2. Disamping rakan-rakan seagama yang begitu ramai datang bertamu dirumah saya di Kg Tg Piai, Pontian, demikian juga rakan-rakan dari kaum Cina dan India yang memeriahkan lagi sambutan Hari Raya. Saudara mara saya dari kaum tionghua juga tidak ketinggalan setiap tahun datang begitu ramai mewarnai panorama rentas budaya dan politik.

3. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan lama  daripada Pas yang berjumpa dengan saya. Ada dikalangan mereka yang masih memegang jawatan dalam Pas. Mereka datang bertanya khabar dan ada yang terus terang meluahkan perasaan kecewa kerana perjuangan  Pas  bukan lagi seperti dulu apatah lagi tanjak dan keris hadhir dalam muktamar Pas yang lalu. Lain benar rasanya kata mereka.

4. Saya bersyukur dan gembira hampir setahun  ditubuhkan Amanah semakin mantap bertapak dipersada politik tanahair. Jika diukur dari pencapaian dua PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar Amanah mampu setanding dengan parti-parti lain yang telah berumur puluhan tahun.

5. Lebih menyakinkan  saya tidak ada seorang pun ahli dan pimpinan Amanah yang keluar parti. Walaupun diserang dari terbit mentari hingga terbit fajar sidiq Amanah mampu bergerak pantas memahat arca siasah negara.

6. Mutakhir ini ada berita yang mengatakan saya sedang berfikir serius untuk kembali ke parti lama saya. Ramai rakan-rakan yang bertanya dan risau dengan berita ini. Saya anggap berita ini ibarat letupan mercun oleh budak-budak kecil dimalam hari raya. Letupan mercun tidak menakutkan cuma kadang-kadang seronok melihat budak-budak walaupun dilarang tetapi curi- curi bermain mercun.

7. Saya sebagai Timbalan Presiden Amanah semakin  sibuk membantu Presiden dan parti Amanah memperkukuh hubungan luar dengan semua segmen dalam masyarakat , NGOs dan  tokoh-tokoh penting negara . Memperkukuh  Pakatan Harapan bersama dengan Gerakan Deklarasi Rakyat akan terus menggempur kezaliman dan ketidakadilan BN demi menyelamatkan negara tercinta ini.

8.  Saya dan rakan-rakan pimpinan yang lain akan buktikan bahawa Amanah adalah parti masa depan generasi muda dan merealisasikan cita-cita Islam adalah Rahmatallillalamin. Biarlah parti lain yang semakin seronok dengan ciri-ciri dan budaya ISIS.

Selamat Hari Raya maaf zahir batin

Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
5 Syawal 1437/ 10 Julai 2016

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa