Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 13, 2016

Wan Rahim dan Husam cuba perangkap Mat Sabu?

*```Wan Rahim & Husam Cuba Perangkap Mat Sabu Pada Perjumpaan Raya PAN di Kota Bahru```*

Saya telah menulis semalam Husam dilema kerana parti PAN tak nak terima dia. Macam mana pimpinan PAN nak terima, pimpinan PAN adalah pimpinan PAS sebelum ini memang kenal perangai Husam yang banyak menyusahkan parti PAS. Dia ibarat duri dalam daging. Takkan bodoh PAN nak ambil duri yang PAS buang nak masuk dalam tubuh PAN!

PAN Kelantan buat perancangan menjemput Mat Sabu dan sebahagian besar pimpinan PAN datang ke Kelantan untuk majlis bersama perantau semalam 6 haribulan. Yang boleh datang hanya Mat Sabu dan Hasnol sahaja.

Dalam majlis berkenaan sebelum dialog dimulakan pengerusi majlis telah mengemukan 2 soalan, satu untuk Mat Sabu dan satu lagi untuk Husam Musa.

Rupanya majlis ini adalah perangkap PAN Kelantan kepada Mat Sabu untuk mendapat kenyataan rasmi Mat Sabu menyokong kemasukkan Husam dalam PAN.

Soalan pengerusi

_*```"Apakah perancangan terperinci abang Mat untuk menerima Husam ke dalam parti AMANAH (PAN) dan sekiranya abang Mat terima adakah kemasukkan Husam memberikan infak positif atau negetif kepada parti AMANAH (PAN)?```*_

Mat Sabu ambil masa hampir 20 minit untuk jawab soalan ini (Pembaca boleh dapatkan video perjumpaan ini). Mula-mula cerita gerakan Islam seluruh dunia, kemudian cerita PAS zaman Tok Guru Nik Aziz. Bila Mat Sabu sedar dia tak menjawab dia seleroh kononnya ini baru pengenalan untuk menjawab soalan.

Kemudian Mat Sabu merepek lagi pasal PAN boleh mengatasi PAS di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Katanya undi di bandar PAN mengatasi PAS (Tak pun dibandingkan dengan UMNO) kononnya orang bandar dapat maklumat dan undi luar bandar orang kampung tak ada maklumat. Mungkin Mat Sabu sangka orang luar bandar Perak masih pakai cawat dan kenal telefon pasal itu tak dapat maklumat. Itulah dangkalnya analisis PAN dan itu 'hiburan' untuk menyedapkan hati ahli PAN kononnya mereka hebat daripada PAS.

Sampai akhir Mat Sabut tak sebut pasal penyertaan Husam Musa dalam PAN.

Kalau dalam peperiksaan Mat Sabu dapat markah kosong, walaupun dia jawab 5 helai kertas kajang tetapi oleh kerana tidak menjawab soalan tak ada markah boleh diberikan. Markah simpati pun tak dapat.

Soalan kedua ditujukan kepada Husam sebenarnya perancangan untuk menjawab sekiranya Mat Sabu tawar Husam masuk parti PAN.

Jadi terpaksa Husam sebut "Sekiranya saya ditawarkan..... dan ...mungkin saya dijemput dalam majlis khusus"

Hasil perjumpaan itu HUSAM MENJADI MAKIN MERANA... TAK TAHU NAK BERTAPAK DIMANA?

Siapa nak buah yang 'buruk'?

_```HajiHassanOmar.blogsport.com```_

# Ini tohmahan untuk adu domba atau fitnah?
   Yang aku nampak dari tulisan blognya Haji Hassan ini adalah orang PAS atau penyokong    PAS!
   isu ni aku terima dari WhatsApp dan aku perturunkan dengan cnp tanpa edit

5 comments:

  1. Haji Hassan ni PAS totok..... mmg itu sahajalah kerja dia

    ReplyDelete
  2. Inilah kerja Pas seharian... fitnah, tipu, jual agama, jilat bontot najib dan keluarkan amanat2 songsang.

    ReplyDelete
  3. Nama pun PAS. Sememangnya ganti perangai Umno. Jaja fitnah dan jual agama demi kelangsungan modal berpolitik.

    ReplyDelete
  4. Siapa hassan Omar? Tak pernah dengar pun

    ReplyDelete
  5. Haji Hassan ni pemuja ulamak bur1t hadi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa