Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 8, 2014

Azmin, Khalid Dan Anwar: Jangan Salahkan Media Pro-Kerajaan Kerana Anda Sendiri Yang Buka Ruang!

Isu PKNS: Khalid tidak sebut tentang Azmin, kata Anwar
OLEH DIYANA IBRAHIM
FEBRUARY 07, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 07, 2014 11:43 PM

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam konflik mengaitkan menteri besar Selangor itu dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berhubung isu pemecatan 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings (PHSB) Sdn Bhd.
Anwar berkata, kenyataan Abdul Khalid itu langsung tidak menyebut nama Azmin sebagai pemimpin yang terlibat dalam pengambilan pekerja kontrak PKNS.
Ketua umum PKR itu juga menyifatkan bahawa ia adalah permainan media pro Umno yang suka melagakan Abdul Khalid dan Azmin.
"Dan saya percaya ini semua adalah permainan media  seperti TV3, dan kita PKR akan tetap dengan fakta sebenar," katanya kepada media selepas menghadiri program minum petang bersama penduduk di Taman Delima, Kajang hari ini."Saya sudah meneliti semua dakwaan, Tan Sri Khalid Ibrahim langsung tidak menyebut atau menuduh nama Azmin.
Terdahulu, Azmin mengecam Abdul Khalid kerana menggunakan PKNS sebagai senjata politik bagi melawan musuh politiknya.
Timbalan presiden PKR itu yang sebelum ini digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS berkata, Abdul Khalid tidak berperikemanusiaan dan tindakannya memecat 22 kakitangan PHSB itu menyalahi undang-undang.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan pengakuan Abdul Khalid yang berkata, pihaknya akan mendedahkan kepada umum hasil siasatan yang mengaitkan Azmin yang juga bekas ahli lembaga pengarah PKNS yang digugurkan sebelum ini.
Pada masa yang sama, Anwar menafikan isu pemecatan pekerja kontrak PKNS akan mengganggu kempen PRK Kajang kerana menganggap ia bukan isu politik.
"Ini soal pentadbiran. Saya kini lebih menumpukan kepada soal kebajikan kakitangan tersebut," katanya.
Sepanjang program berlangsung petang tadi, Anwar mengambil kesempatan bertemu penduduk di Taman Delima yang majoritinya adalah pengundi melayu.
Turut mencuri perhatian adalah kemunculan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lim Kin Sin  yang hadir untuk memberi sokongan padu kepada Anwar.
"Saya berehat agak lama dan terputus daripada politik namun apabila keluar berita mengenai kekosongan kerusi, tuan puan sms saya, meminta bertanding.
"Namun saya jawab, ia tidak akan pernah berubah apatah lagi ada calon yang sesuai untuk penduduk Kajang iaitu Anwar," katanya disambut dengan tepukan meriah.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Lee berkata, PKR perlu membuat perubahan dalam meraih majorit penuh di kawasan Melayu. – 7  Februari, 2014.

1 comment:

  1. Kalau hati dah benci dan meluat kepada seseorang, apa jua yang tak kena segalanya disalahkan kepadanya. Lihat saja perangai umno yang akan menyalahkan Anwar dalam berbagai isu dan situasi yang menekan mereka hasil perbuatan mereka sendiri.Perangai ini sekarang terserlah pada diri Azmin kerana impiannya untuk menjadi MB tak kesampaian.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa