Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 15, 2014

Berani, Disiplin: Sedarkah Sanusi Ada Atau Tidak Pada Kebanyakan Pemimpin BN?

'Musuh kita tahu memperalatkan tokoh-tokoh Melayu yang bergelumang dengan dosa' - Sanusi Junid
Berdosakah pemimpin yang cuba memperbetulkan keadaan dan mengembalikan hak rakyat?
Rakyat yang menilai siapa di antara pemimpin yang bergelumang dengan dosa dan siapa yang boleh diharapkan memegag amanah rakyat dan negara
Agaknya bagi Sanusia pemimpin yang bergelumang dengan rasuah dan pecah amanah itu adalah pemimpin yang baik untuk diberikan amanah!

Aku tahu Sanusi adalah seorang pemimpin yang bijak dan kuat membaca tetapi bila buta hati pandangan beliau tersasar
Adakah Sanusi gagal melihat kenapa berlakunya kejatuhan Empayar Uthmaniyyah?
Tidakkah kerana mereka tidak amanah dengan Tuhan (penuh dengan maksiat) dan tidak menjaga kebajikan rakyat?

Adakah Umno akan hilang kuasa?
 | February 14, 2014
Kegagalan BN mengekalkan majoriti dua pertiga menunjukkan bahawa kuasa politik yang dipegang orang Melayu akan hilang pada suatu hari nanti.
PETALING JAYA: Keputusan dua pilihanraya umum, 2008 dan 2013 menunjukkan bahawa BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.
“Adakah trend ini akan berterusan pada tahun 2018?” tanya bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dalam Syarahan Perdana Renaisans Melayu yang turut dihadiri Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan tokoh-tokoh Melayu dalam pelbagai bidang di sini malam tadi.
Katanya, kegagalan BN mengekalkan majoriti dua pertiga menunjukkan bahawa kuasa politik yang dipegang orang Melayu akan hilang pada suatu hari nanti.
Beliau yang juga bekas Naib Presiden Umno berkata, orang Melayu perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan Empayar Uthmaniyyah yang dianggap sebuah kerajaan yang hebat dan tidak mungkin dapat ditewaskan suatu ketika dahulu.
Menurut beliau, kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Lepanto pada 7 Oktober 1571 telah menaikkan moral tentera Kristian sehingga kerajaan Islam itu terus mengalami kekalahan sebelum runtuh pada 1919.
“Pada 2008, buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga keramat yang dipegang sejak merdeka. Apa ertinya ini? Adakah ia akan menjadi kekalahan atau kegagalan berterusan?
“Kekalahan sebegini menimbulkan semangat kepada musuh kita. Musuh kita tahu memperalatkan tokoh-tokoh Melayu yang bergelumang dengan dosa dan noda kerana mereka tahu Melayu boleh dikalahkan,” katanya.
Sanusi berkata, selama ini, walaupun tidak menguasai ekonomi, kuasa politik yang ada pada orang Melayu membolehkan mereka meningkatkan taraf bangsa itu dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
Namun, katanya, kuasa politik orang Melayu kini sudah goyah ekoran kegagalan UMNO dan BN mendapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen sejak 2008.
Menurut beliau, untuk kembali bangkit menjadi bangsa yang berjaya dan bermaruah, orang Melayu perlu mempraktikkan lima nilai Islam dalam kehidupan mereka iaitu amanah, berani, disiplin, rajin dan setia.
“Nilai-nilai tersebut terkandung dalam semangat Bushido yang menjadi kunci kejayaan Jepun, begitu juga dengan Korea Selatan dengan semangat Hwarang,” katanya.

2 comments:

  1. Simamat nie nak samakan semangat jepun dengan Bushidonya dan korea dengan Hwarangnya ,adakah dia sedar yang negara matahari terbit itu mengamalkan sikap percaya ananah rakyat jika pemimpin mereka merasa rakyat sudah tidak percaya dengan kepimpinan mereka dengan rela hati letak jawatan tidak menunggu hingga mahkamah membuat keputusan ,tapi dimalaysia pemimpin jangankan hendak melepaskan jawatan disapina untuk hadir kemahkamah pun takut hinggakan mengulnkan saluran perundangan untuk mengelak dari diseret kemahkamah, adakah sama kita dengan negera tersebut wahai Sanusi oi!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Menurut Sanusi, UMNO-BARU perlu Amanah, Berani, Disiplin, Rajin dan Setia untuk kembali bangkit menjadi bangsa yang berjaya dan bermaruah.

    Ada kah kelima lima prinsip yang di nyata kan itu di miliki oleh para pemimpin UMNO-BARU!!!
    Amanah = Berapa ramai kah dari mereka yang memiliki sifat ini? Kalau ada mana mungkin boleh berlaku nya rasuah dan ketirisan yang berleluasa dan berterusan.
    Berani = Sudah berapa kali rakyat marhean melaku kan "UNJUK RASA" tetapi malang nya tiada seorang pun dari para pemimpin yang sanggup berdepan dengan mereka yang melaku kan "UNJUK RASA" tersebut. Yang di kirim khas ada "SI BELATUK" dengan cota, water-cannon, tangkap dan dera mereka yang melakukan "UNJUK RASA".
    Disiplin = Bukti kan satu sahaja disiplin yang di miliki oleh para pemimpin UMNO-BARU.
    Rajin = Berapa ramai kan dari kalangan para pemimpin UMNO-BARU yang rajin melayan karenah rakyat yang di himpit masa'alah hidup sehingga ada yang papa kedana di sebab kan harag barang naik(BN)hingga "TERSELESAI" penderitaan mereka . Ini belum lagi di ambil kira GST yang di katakan akan di mula kan pada tahun 2015. Ia nya satu pembohonggan kerana ia nya sudah pun berlaku.
    Setia = Ada kah UMNO-BARU/BN setia. Kalau setia mengapa segala apa yang telah di ikrar kan di dalam manifesto pada PRU 13 dulu tidak di tepati. Konon cerita nya harga minyak dan barang barang keperluan harian tidak akan di naik kan. Akhir nya apa sudah jadi. Setia apa nama nya itu.

    UMNO-BARU/BN kalau nak bangkit semula bukan sahaja perlu di over-hall malah perlu di ganti baru.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa