Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 6, 2014

Biar Betul Mamat Ni: Belum Tidur Dah Mengigau!

Lalok sungguh mamat ni
Belum apa-apa dah bising

NGO Islam bimbang konsensus nasional BN-Pakatan ketepi Melayu-Islam
MI - FEBRUARY 05, 2014


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bimbang konsensus nasional di antara parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan mengetepikan kepentingan majoriti orang Melayu beragama Islam di negara ini.
Menurut Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman, kebimbangan terhadap konsensus nasional itu berlaku kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa mengumumkan persetujuan terhadap pelawaan PR dalam format inklusifnya mengatakan akan memperluaskan penglibatan bukan Melayu dalam semua bidang.
“Ini dapat difahami apabila rekonsiliasi yang ditawarkan oleh Datuk Seri Najib sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merujuk kepada peralihan besar undi Cina kepada PR," kata Abdullah Zaik dalam satu kenyataan petang ini di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, kebimbangan utama adalah jika Melayu dan Islam menjadi "bahan taruhan."“Ia membawa implikasi tawaran baru kepada bukan Melayu khususnya Cina terhadap apa-apa yang mereka kehendaki untuk menarik semula sokongan atau menutup bayangan polarisasi kaum."
Katanya, pada waktu ini, tawaran konsensus nasional yang dikemukakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disokong kuat oleh DAP adalah keseinambungan usaha memperkukuhkan agenda kesamarataan mutlak yang mengetepikan langsung faktor agama Islam dan kaum Melayu.
“Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Rawa secara jelas dalam tulisannya ‘Konsensus Nasional: Jalan ke Hadapan’ menganggap suara Islam dan Melayu sebagai ekstrem dan rasis.
“Sementara itu, wujud kecenderungan Datuk Seri Najib untuk mengetepikan faktor agama dan bangsa dalam melihat kerangka perpaduan nasional,” kata Abdullah Zaik.
Abdullah Zaik mengulas laporan media baru-baru berhubung persetujuan Kabinet menyambut pelawaan PR untuk mengadakan konsensus nasional.
Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam agar peka dengan segala perkembangan dan menjadi benteng utama mempertahankan Islam dan hak mereka daripada sebarang bentuk pemerdagangan.
Anwar pada Januari membuat tawaran konsensus nasional untuk menyelesaikan permasalahan kaum dan agama yang semakin membimbangkan di Malaysia.
Tawaran tersebut disambut Najib yang mengumumkannya selepas mesyuarat Kabinet Rabu lalu.
BN pada PRU13 lalu sekali lagi gagal mendapatkan kembali majoriti tradisi dua pertiga di Dewan Rakyat yang mereka hilang dalam PRU2008.
BN hanya mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding PR yang mendapat 89 kerusi.
Walaupun berjaya merampas Kedah kembali daripada PR serta mengesahkan pengaruh mereka di Perak, BN hanya mendapat 47% undi popular berbanding PR 51%. – 5 Februari, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa