Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 13, 2014

Kemaruk Jawatan Kabinet Presiden MCA Perkudakan Ahli?

Akibat kemaruk jawatan kabinet, Presiden MCA Liow arah kroni usulkan mesyuarat tergempar
Oleh Cindi Loo

PETALING JAYA: Di dalam tempoh beberapa minggu, MCA bakal berdepan beberapa cabaran bagi membuktikan parti itu masih relevan. Salah satunya ialah bagi Presiden Liow Tion Lai dilantik sebagai menteri kabinet; manakala satu lagi ialah bagi memberi cabaran sengit di dalam pilihanraya kecil Kajang.

Cabaran kedua tidak berada di dalam bidang kuasanya. Tetapi Liow, selaku pemimpin tertinggi parti, dengan mudah mengarahkan orang-orangnya mengusulkan agar mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi menukar resolusi MCA yang tidak mahu perlantikan di dalam pentadbiran kerajaan.

Risikonya, Liow mungkin tidak mendapat resolusi yang diharapnya, dan itu bakal memberi gambaran beliau hilang kepercayaan di kalangan majoriti perwakilan pusat.

Ia bakal menjadi titik bermula krisis kepimpinan di dalam parti bagi masyarakat Cina yang tertua di Malaysia.

Sumber yang  rapat memaklumkan theantdaily bahawa Liow nampak “terdesak” mahu kembali menganggotai kabinet.

Beliau, bagaimanapun, tidak mahu dilihat seperti ‘kemaruk’, lantas mengarahkan machainya memulakan kempen bagi satu EGM diadakan bagi menarik balik keputusan parti tidak mahu sebarang jawatan kerajaan. Keputusan tersebut dibuat selepas prestasi memalukan MCA di dalam PRU13.

Masalahnya, Liow hanya menang jawatan Presiden MCA dengan kelebihan 26 undi berbanding jumlah terkumpul bagi pencabar-pencabarnya Gan Ping Sieu dan bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat.

Sekiranya angka itu dijadikan ukuran, persoalan utama ialah: Mampukan Liow mendapat undi yang mencukupi bagi menarik balik resolusi parti?

Dua versi surat memanggil EGM telah diedarkan di kalangan perwakilan pusat, dengan memohon mereka menyokong resolusi bagi menjadikanMCA kembali ke persada politik tanahair; dengan ahlinya dilantik ke pentadbiran kerajaan.

Kini, hanya portofolio Menteri Pengangkutan yang masih kosong, dan dilihat bakal dijawat Liow. Sebelum PRU13, MCA diwakili 3 menteri penuh.

Kumpulan Liow telag memulakan langkah mengadakan EGM dengan menggunakan pengaruh mereka atau mendapatkan sokongan jawatankuasa pusat (CC).

Di dalam surat Bahasa Cina, parti itu memohon EGM diadakan bagi membincangkan resolusi berhubung Artikel 30.3 di mana satu pertiga dari perwakilan pusat berjumlah 2,386 bersetuju mengadakannya dan mengundi bagi resolusi berkenaan.

Surat tersebut telah dimuatnaik ke laman media sosial.

Di dalam surat Bahasa Inggeris pula, CC memanggil EGM di bawah Artikel 30.2 Perlembagaan, di mana satu pertiga ahli CC mesti bersetuju dengan usul EGM diadakan.

EGM tersebut mungkin diadakan pada 23 Februari, pada tarikh MCA menyambut ulang tahunnya yang ke 65.

Bagaimanapun sumber tersebut berkata, sekiranya delegasi pusat (CC) tidak mahu menarik balik resolusi yang dibuat, EGM tidak boleh dipanggil lagi selepas ini.

Sumber tersebut turut menjelaskan bahawa perkara pokok ialah bagi meleraikan isu perlantikan ke jawatan kabinet dan bukannya bagi memuaskan hati sebilangan pemimpin parti tersebut.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa