Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 8, 2014

Menarik: Bila Sang Lelaki Tak Ada T***r siPerempuan Tawarkan Diri

Bukankah kerana gilakan anak Zahid yang ini siBazli herot muka?

Anak perempuan Zahid Hamidi berhasrat tanding PRK Kajang
OLEH MD IZWAN‎
FEBRUARY 08, 2014
Anak perempuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang ketika Barisan Nasional (BN) masih buntu untuk menamakan calon.
Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang dipetik daripada laporan Sinar Harian hari ini, mengakui mempunyai hasrat itu, bagaimanapun ia masih di peringkat perbincangan.
"Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara yang sama," kata Nurul Hidayah.
"Apa-apa pun, saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti," katanya.Anak naib presiden Umno yang popular itu menyerahkan keputusan penuh kepada parti untuk membuat keputusan sama ada mahu meletakkannya sebagai calon ataupun tidak.
Nurul yang juga menetap di Kajang mahu menunggu keputusan calon diumumkan dan enggan mengeluarkan kenyataan lebih lanjut mengenai perkara tersebut bagi mengelak ada pihak yang terguris hati.
"Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak komen lebih lanjut.
"Lainlah jika memang sudah diumum saya calon itu," katanya.
PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu mengumumkan tarikh PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon pula pada 11 Mac 2014.
Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain. – 8 Februari, 2014.

4 comments:

  1. kalu budak Nurul ni jadi calon BN, hamba pasti pangkah dia..ikut punggung dia kesana kemari, perati lenggang lenggok, liuk lintuknya berjalan pergi mari pergi mari..

    ReplyDelete
  2. Kalau nak kaya raya kena jadi calon lah..... Baru boleh bawak LEMBU TINGGAL DI KONDO !!!!

    ReplyDelete
  3. Lamanya masa diambil untuk penamaan calon dan tarikh mengundi bagi membuka ruang menyediakan rekayasa fitnah baru. Badan2 lain juga sedang mempersiapkan plan2 strategi tertentu bertujuan membantutkan perjuangan rakyat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa