Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 7, 2014

PandanganTony Pua itu gila!

Anwar MB Selangor: Rekod prestasi untuk PRU14, kata penganalisis
OLEH EILEEN NG
FEBRUARY 07, 2014

Seorang penganalisis berkata, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor, ia akan mengubah corak permainan pembangkang kerana ia memberikan peluang kepadanya untuk mengetuai sebuah negeri sebagai rekod prestasi untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang.
Timbalan Pengarah Institut Pengajian Asia Tenggara Singapura, Dr Ooi Kee Beng, berkata jika Anwar berjaya sebagai menteri besar Selangor, ia akan memberikan lebih banyak tekanan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.
“Jika dia mengetuai Selangor, polisi yang dilaksanakan negeri itu akan digunakan sebagai rekod prestasi pada pilihan raya umum akan datang.
Anwar adalah aktivis mahasiswa pada 1970-an yang menyertai Umno pada 1982 dan kemudiannya meningkat naik sehingga menjadi timbalan perdana menteri. Beliau dipecat pada 1998 di atas pertuduhan liwat dan rasuah.“Jika beliau mempunyai rekod prestasi yang baik, daripada polisi sehingga menyelesaikan masalah air, beliau mempunyai sesuatu untuk meyakinkan pengundi, beliau akan mempunyai rekod prestasi yang boleh dibanggakan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Jika tidak, rekod beliau hanyalah sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada pertengahan 1990-an,” katanya.
Ooi berkata, jika Anwar menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ketua pembangkang itu akan dapat menyelesaikan ketegangan di antara Abdul Khalid dan Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali.
“Ia seperti membunuh dua burung dengan sebiji batu,” katanya.
Dengan isu kaum dan agama meningkat di negeri terkaya dan termaju Malaysia itu, Ooi berkata, tekanan adalah kepada Anwar untuk menyelesaikannya.
Bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia.
Sehingga kini, ia masih belum dipulangkan walaupun penyelesaian 10 perkara dipersetujui Putrajaya pada 2011 membenarkan Bible dicetak, diimport dan disedarkan di seluruh negara dengan sedikit syarat di Semenanjung.
Isu ini menyebabkan kemarahan kumpulan Islam yang mengatakan kalimah Arab Allah hanya eksklusif kepada mereka dan bukan Islam tidak boleh menggunakannya.
“Ia seperti perbezaan etnik itu diagamakan, ia menyebabkan isu ini menjadi lebih sukar. Inilah masa apabila pemimpin nasional diperlukan dan Najib tidak memberikannya setakat ini. Dengan hadirnya Anwar, ia akan memberi tekanan kepada Najib untuk bertindak sebagai pemimpin nasional,” katanya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada penduduk Taman Koperasi Cuepacs Kajang dalam siri ceramah kempen pilihan raya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada penduduk Taman Koperasi Cuepacs Kajang dalam siri ceramah kempen pilihan raya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2014.Beliau tidak bersetuju dengan pandangan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang berkata masa depan Pakatan Rakyat akan berakhir jika Anwar kalah di Kajang pada 23 Mac kerana kerusi itu tidak mewakili seluruh negara.
“Saya rasa pandangan itu gila kerana Malaysia bukanlah Kajang. Sokongan kepada Pakatan adalah dari seluruh negara dan alasan berbeza.
“Beliau tidak boleh menyamakan Kajang dengan seluruh Malaysia, bukan semua rakyat Malaysia berfikiran sama,” katanya.
Pada masa sama, Ooi tidak berpendapat Anwar perlu menang di Kajang dengan majoriti besar.

“Menang sahaja sudah mencukupi. Kita tidak perlu banggakan angka kerana dinamik pilihan raya umum dan pilihan raya kecil berbeza. Ekspresi rakyat berubah mengikut waktu,” katanya. – 7 Febuari, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa