Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 6, 2014

Tawaran tampar Teresa Kok dinaikkan sehingga RM1,200 : Dah Bertambah Gila Puak Ni!

Teresa Kok mencabar kedudukan Orang Melayu atau kedudukan Rosmah dan Najib sahaja?
Kalau otak udang
Tak faham apa sebenarnya yang disampaikan tak usahlah nak jadi pak sebok yang tolol

Sebanarnya inilah Melayu sial yang memalukan Islam itu sendiri
Bangang sungguh......
Perasan bijak tapi hakikatnya tolol nak mampos!

Aku nak tengok apa tindakan polis
Ada sesiapa buat laporan?
Nanti polis beralasan tidak disiasat sebab tak ada laporan dibuat

Ini saja nak panaskan keadaan dan cetuskan kemarahan
Ketenteraman awam dah semakin tergugat bila wujud puak-puak otak barbarian ni

Tawaran tampar Teresa Kok dinaikkan sehingga RM1,200 kata NGO Islam
OLEH DIYANA IBRAHIM
FEBRUARY 06, 2014LATEST UPDATE: FEBRUARY 06, 2014 07:54 PM
Penunjuk perasaan menunjukkan bunting yang memaparkan gambar Teresa Kok dengan ganjaran sebanyak RM500 kepada sesiapa sahaja yang berjaya menamparnya semasa demontrasi terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam oleh pemimpin DAP dan PKR di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014.

Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.

"Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan."Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita."
Tambahnya, gerakan itu juga tidak menetapkan sebarang tarikh tamat kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut.
"Kita tidak ada tarikh tamat, bila-bila masa sahaja sehingga isu ini reda dan bagi siapa yang berjaya mendapatkan gambar bukti tampar pemimpin tersebut maka boleh hantar ke pejabat kita," katanya.
Terdahulu  kira-kira 50 individu menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.
Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon dari PKR.
Perhimpunan yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.
Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."
Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia itu berkata, tindakan mereka itu juga turut disokong kaum Cina lain yang menentang perbuatan pemimpin DAP itu.
"Beliau ialah rakan kita Sunny Goh iaitu Pengerusi Perhubungan Hal Ehwal Masyarakat Cina bagi Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib). Beliau juga tidak suka dengan perbuatan pemimpin pembangkang yang sebangsa dengannya," katanya.
Zulkifli berkata lagi, beliau tidak takut sekiranya Kok membuat laporan polis ke atas pertubuhannya sambil menggesa pihak berkuasa juga mengambil tindakan ke atas perbuatan biadap ahli parlimen itu.
"Kita serius dengan tawaran ini, tidak main-main. Ini adalah akibat kerana mulut celupar beliau. Kita mahu beri amaran supaya kelak ahli parlimen itu lebih berhati-hati dalam perbuatannya dan polis kena siasat betul jangan kerana beliau ahli parlimen maka dilepaskan," katanya. – 6 Februari, 2014.

1 comment:

  1. SEKSYEN 323 (Kecederaan Ringan) Dengan sengaja menyebabkan cedera. Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman adalah penjara selama tempoh yang tidak melebihi 1 tahun atau didenda sehingga RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali.

    > Contoh : pelajar ditampar dan ditumbuk guru (seksyen 323B)

    Seperti yang tertera diatas,
    Bro bro Bro ...klu panjang skit bunyi BERUK lak. Lu tambahlah sikit cukupkanlah RM200k atau rm500k. itu baru dikatakan PERJUANGAN. Setidak tidaknya setahun kat dalam anak bini terjamin dan lepas sebiji Preve. kalau keluar pun dah ada sentimental value yang pick-up bila keluar dari penjara.

    kalau rm1500 dari lu sibuk suruh orang buat...baik buat sendiri. berani buat berani tanggung, Tawaran BODOH dan DUNGU dalam PENDIDIKAN ..tak BERBALOI SIOT

    SLOGAN BODOH DARI NGO MELAYU beragama ISLAM.

    Tak tau lak kawan dalam AL-QURAN ada suruh umatnya menampar sesuka hati mengikut ajaran mak bapak dia, walaupun Negara ada undang2. jap lagi kawan nak Tanya ustaz ada tak perkara tersebut disuruh umatnya berbuat demikian.

    Bikin Malu Bangsa MELAYU dan Agama ISLAM. Perangai MANUSIA seperti inilah membuat Agama ISLAM tercemar.

    Dari buat kerja tak berfaedah ni, lebih baik berdakwah mendampingi mereka yg yang sudah menukar Agama dan juga pada mereka yang ingin tau tentang Agama ISLAM.

    BUDAYA dan BAHASA menunjukkan BANGSA

    Lu pikirlah sendiri...!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa