Maaflah........kerana agama tidak akan ada kompromi!
Zahid pertahan keengganan IGP bertindak
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan keengganan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak terhadap mualaf yang didakwa menculik anaknya daripada ibu Hindu.Apa yang disebut oleh Khalid itu juga pendirian rasmi Kementerian Dalam Negeri, kata Zahid kepada pemberita ketika ditanya sama ada polis patut bertindak.
S Deepa mendakwa bekas suaminya Izwan Abdullah menyerangnya dan mengambil seorang anak mereka.
Insiden itu didakwa berlaku dua hari selepas Mahkamah Tinggi Seremban memberikan hak penjagaan kepada dua anak mereka.
Keputusan itu bertentangan dengan keputusan mahkamah syariah sebelumnya yang memberikan hak penjagaan kepada Izwan yang mengislamkan anaknya tanpa pengetahuan Deepa. - mk
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa