Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 14, 2014

MH370 - Misteri Yang Allah Sembunyikan?

Dugaan atau kifarah?
Kalau kifarah, kerana dosa siapakah berlakunya musibah ini?

MH370 catat jalan cerita yang panjang
12 April 2014
MISTERI kehilangan pesawat MH370 belum terjawab meskipun pencarian melibatkan banyak negara dengan kelengkapan moden.

Menyorot tragedi setelah lebih sebulan berlalu, pesawat MH370, jenis Boeing 777-200ER, membawa 239 individu termasuk 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi pada 8 Mac.

Pagi itu,dunia terkejut, apabila Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya mengesahkan kehilangan MH370 pada 7.30 pagi.

Selepas lebih sebulan, 26 negara terlibat serta pelbagai aset digunakan untuk mencarinya.

Dari hari pertama sehingga kini, misi SAR menemui pelbagai petunjuk yang mengecilkan kawasan pencarian bagi menemui kotak hitam pesawat  yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi.

Petunjuk demi petunjuk

Lewat petang hari pertama, media tempatan Vietnam melaporkan pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan tumpahan minyak dipercayai dari  MH370.

Tompokan minyak sepanjang 20 kilometer ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chua di pesisir selatan Vitenam.

Penemuan itu seakan-akan petunjuk kepada kehilangan pesawat itu di sekitar Laut China Selatan, namun tidak dapat disahkan.

Pada hari kedua, satu lagi tompokan minyak yang panjang 100 batu nautika dari pesisir Pantai Tok Bali ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Penemuan tompokan minyak di pesisir laut Vietnam dan pesisir Pantai Tok Bali, bagaimanapun disahkan pada hari ketiga SAR oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, bahawa bukan milik pesawat berkenaan.

Misi SAR pada hari kelima, menemui objek yang boleh menjadi petunjuk usaha mencari MH370 kerana terdapat tulisan 'boarding' pada permukaan objek tersebut dan ia mungkin rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri.

Penemuan objek kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson menguatkan lagi spekulasi bahawa kapal itu terhempas.

Ketua Penguat kuasa Maritim DM 5 Kuala Linggi, Kapten Abu Bakar Idris mengesahkan penemuan boya berbentuk sebuah bot di perairan Port Dickson  bukan daripada  serpihan MH370. Ia dikuatkan dengan pengesahan oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Memasuki hari keenam operasi SAR pada 13 Mac, tiga objek terapung dicerap satelit China di perairan Laut China Selatan.

Penemuan itu seakan beri harapan. Bagaimanapun,  Hishammuddin, melalui Kedutaan China, mengesahkan objek tersebut bukan dari komponen pesawat itu.

Pencarian di dua koridor

Pada hari ketujuh, beberapa isyarat ping daripada MH370 diterima satelit, lima jam selepas pesawat itu gagal dikesan radar. Kali terakhir, pesawat itu dikesan berada di sebuah perairan yang enggan didedahkan seperti dilaporkan Wall Street Journal pada 14 Mac.

Data daripada syarikat telekomunikasi British, Inmarsat, menunjukkan pesawat terbang pada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut, namun lokasi terakhirnya enggan didedahkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 15 Mac lalu pada sidang media berkata, komunikasi terakhir MH370 dengan satelit dikesan dan transponder dimatikan pada jam 8.11 pagi di Selat Melaka.

Berdasarkan data itu, komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Oleh demikian, operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

Belum reda dengan penemuan rakit getah, dua nelayan menemui sebuah pelampung besar pada hari kelapan misi SAR. Berdasarkan penemuan itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun mengesahkan penemuan itu tiada kaitan dengan kehilangan pesawat.

Dalam pada itu, Najib turut mengesahkan pesawat tidak dikenali dikesan radar ketenteraan adalah MH370 dan menyifatkan pesawat itu menyimpang dari laluan asal.

Selepas beberapa hari tanpa sebarang penemuan, pengumuman  Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada hari ke-11 bahawa objek dikesan satelit negara itu mungkin berkaitan  pesawat seakan bawa harapan kepada misi di Lautan Hindi.

Satelit Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesan imej dua objek di selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth, Australia.

Keesokannya, penganalisis Teknologi India, Anoop Madhav Yeggina menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat terbang rendah di Kepulauan Andaman, 8 Mac lalu .

Laporan media antarabangsa itu melaporkan imej tersebut diperoleh apabila meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 dan memaklumkan pesawat tersebut digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di situ.

Menurutnya, ukuran skala standard dan warna pesawat hilang itu berpadanan dengan imej  berkenaan. Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal Ketua Saintis Mapbox Bruno Sanchez-Andrade Nuno yang menyifatkan pesawat itu adalah milik penjaga tapak liputan mereka.

Namun, pada hari ke-15 SAR,  pihak berkuasa Australia mengesahkan  tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth agak mengecewakan.

Lebih banyak objek dikesan satelit

Lebih dua minggu misi SAR, Malaysia menemui imej satelit baharu pada hari ke-16 daripada pihak berkuasa Perancis menunjukkan objek-objek berpotensi mungkin berkaitan MH370.

Sebanyak 122 objek dikenal pasti oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) di kawasan pencarian Australia, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth. Namun, pihak Australia berkata, tiada petunjuk ditemui.

Berikutnya, sehari selepas itu, dikhabarkan satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.

Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik, Anond Snidvongs berkata, objek dianggarkan antara dua hingga 18 meter bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 km di barat daya Perth.

“Bagaimanapun, kami tidak berani mengesahkan objek dikesan itu merupakan serpihan pesawat MH370. Tetapi, pihak kami telah sampaikan maklumat terbabit kepada kerajaan Malaysia,” katanya.

Hari ke-21, satelit Jepun dilaporkan mengesan imej hampir 10 objek terapung di 2,500km di barat daya perairan Perth mungkin berkaitan  MH370.

Objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang. Bagaimanapun, pengesahan kaitan antara objek itu dan MH370 masih belum diumum.

Memasuki hari ke-23, AMSA memaklumkan beberapa objek diperoleh kapal HMAS Success dan Haixun 01 pada 29 Mac lalu, dipercayai tidak mempunyai kaitan MH370.

Setelah hari ke-24, Hishammuddin mengeluarkan transkrip perbualan terakhir antara pengawal trafik udara dan kokpit MH370 pada 0119 (waktu Malaysia), 8 Mac iaitu “Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong”.

Pada hari ke-25, Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh perbualan radio telefon antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara, tanpa petunjuk terdapat perkara yang tidak normal.

Operasi mencari hari ke-27, dengan kawasan pencarian meliputi kira-kira 223,000 kilometer persegi kira-kira 1,680 kilometer di barat laut Perth, Australia.

Bagaimanapun, Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) menyatakan tiada objek dikesan di kawasan pencarian, pada hari itu.

Memasuki hari ke-29 SAR, alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun 01, mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.

Setelah genap sebulan, satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari isyarat detik dikesan oleh Haixun 01.

JACC bagaimanapun belum dapat mengesahkan sama ada isyarat detik dikesan Haixun 01 dan Ocean Shield adalah dari pesawat MH370.

Memasuki hari ke-31, Kapal Tentera Laut Australia mengesan isyarat di dasar laut yang konsisten dengan isyarat dipancarkan dari sebuah kotak hitam sebuah pesawat, kata Ketua JACC, Angus Houston.

Sehari selepas itu, pada hari ke-32 SAR, Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan pada 4.27 petang dan 10.17 malam selepas mengesan isyarat itu pada Ahad (6 April).

Memetik laporan AP, Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, anak kapal Ocean Shield akan menghantar sejenis kapal selam kecil tanpa pemandu.

Bluefin21 ke dasar kawasan pencarian bagi mencuba dan menentukan sama ada isyarat yang dikesan peralatan di atas kapal Australia datangnya dari kotak hitam pesawat MH370.

Hari ke-32, Pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di AS mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.

Pakar di Australia dan AS mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat MAS yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia, bukan bunyi semula jadi lautan, kata JACC.

Dalam perkembangan SAR itu juga, Kedutaan AS di Malaysia menafikan sekeras-kerasnya laporan mengaitkan pesawat MH370 dengan Pangkalan Tentera Diego Garcia milik mereka. Penafian itu dibuat menerusi e-mel ketika menjawab beberapa soalan dikemukakan Sinar Harian.

Setelah lebih 30 hari operasi SAR bagi mengesan MH370, usaha pencarian pesawat di Lautan Hindi akan tetap diteruskan oleh negara terlibat. Semua pihak berharap hari seterusnya akan membawa kepada petunjuk dan penemuan baru yang lebih kukuh.

Teruskan berdoa, semoga ada sinar baharu untuk MH370 ditemui.

10 comments:

  1. Kalau dah pelbagai kaedah moden digunakan masih lagi gagal, tidak syak lagi pesawat itu disorok oleh hantu laut. Kena dapatkan khidmat pawang dan dukun pula, pengerasnya lembu NFC panggang dan panda salai.

    ReplyDelete
  2. nii SALAH GST ( Geng Songkok Tinggi )

    ReplyDelete
  3. anon 9:32 .. cover sikit komen bangang anda itu
    kami sedia maklum betapa buruknya rupa kamu yg dah tentunya berasal dari keturunan mak bapak yang buruk juga persis khinzir .. tapi kalo nak komen tu bior ler molek .. ramai yang baca ni terutama keluarga penumpang MH370 .. faham ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12:15... lu punya komen pada 9:32 rupanya lebih teruk dan tidak cerminkan akhlak yang baik bila lu kaitkan keturunan mak bapak 9:32 persis khinzir! Sedangkan 9:32 hanya menyindir betapa terdesaknya kerajaan yang korup dan pemimpin tertentu yang jemput bomoh VIP Khurafat utk cari MH370.... mengata dulang paku serpih... mengata orang sebenarnya lu yang lebih!

      Delete
  4. Haha..jgn le mare,nanti kena juelll..!!!ada org yg ada otak sikit dia akan terfikir,kalau dah sebulan tak jumpa2 lagi mesti ada perkara sebaliknya..bayangkan la saddam hussain sembunyi dalam tanah pun setelite diorg boleh kesan ini kan pulak kapalterbang yang berganda2 besar dari manusia boleh tak jumpa..kelakar la!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satelit ke org dia sndiri pecah lobang?

      Delete
  5. Salam Pak Din, Rasa teman, kerja Allah tidak perlu dipersoalkan. Yang perlu kita persoalkan ialah adakah tangan sesiapa yang sorok lepas tu buat-buat macam tak tahu...

    ReplyDelete
  6. Alahai khin 12:15 ZIR, APA HAL nko? Dah hilang akal? Bhaghal! Kalau tiada lead di laut, cari lah lead di darat pula.......mula dgn 2 pemengang pasport palsu tu,,,, altantuya pun tiada record masuk ......boleh jumpa juga!!! Sensitiviti kaum keluarga mangsa kesal kerana sikap temberang puak GST ......KES LEMBU MASUK KONDO pun tak dapat nak tangkap lembu2 tu.KES KAPAL XSELAM PUN SAMA,,,sama lah nko dgn mat komedi pertahanan....kah kah kah. Yg lagi komedi najubus dah angguk utk sembahyang ghaib.........tandanya najubus dah konfim semua penunpang dah tiada........inilah komedi GST.

    ReplyDelete
  7. Anon 12:15 tu apa hal, nak tegur nasihat tapi bahasa sendiri perlu dinasihat. Mungkin diajar oleh emak bapaknya begitu ataupun emak bapaknya tidak mengajar guna bahasa yg sopan. Tentu orang UMNO,agaknya.

    ReplyDelete
  8. Anonymous April 12, 2014 at 12:15 PM

    kalu dungu tu jgn tunjukkan sangat;

    Anonymous April 12, 2014 at 9:32 AM

    cuma menyindir.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa