Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 12, 2014

MH370 - Disiasat: Tanggung Jawab Pihak Mana Yang Patut Bertindak Awal

Amat malang bila pihak mana yang bertanggung jawab bertindak awal pun masih samar! 

Siasatan Diadakan Berhubung Tindak Balas Awal Insiden MH370 Pada 8 Mac
Diterbitkan: Jumaat, 11 April 2014 11:47 PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mula pihak berkuasa penerbangan awam dan tentera bagi menentukan mengapa peluang untuk mengenal pasti dan mengesan Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 terlepas dalam beberapa jam selepas pesawat itu hilang, kata dua pegawai.
Siasatan secara dalaman yang dimulakan itu timbul apabila berlakunya pertikaian antara orang awam dan pihak berkuasa tentera mengenai siapakah yang paling bertanggungjawab terhadap sebarang kekeliruan dan kesilapan awal yang membawa kepada pencarian selama seminggu di lautan yang bukan sebenarnya.
"Apa yang berlaku pada masa itu sedang disiasat dan saya tidak boleh berkata apa-apa lebih daripada itu kerana ia melibatkan tentera dan kerajaan," kata seorang pegawai kanan kerajaan kepada Reuters
Dalam temu bual dengan Reuters hujung minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, siasatan dalaman sedang dijalankan, namun beliau enggan mengulas lanjut.
Seorang jurucakap kerajaan tidak membalas kepada persoalan Reuters sama ada siasatan telah dilakukan atau tidak.
Sumber kanan kerajaan berkata, ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang terperinci tentang tindak balas awal. 
Ia adalah tidak jelas mengenai jabatan kerajaan manakah yang sepatutnya bertanggungjawab, atau sama ada siasatan rasmi telah dibuka atau tidak.
Pakatan pembangkang Malaysia menuntut supaya jawatankuasa pilihan khas Parlimen diadakan bagi menyiasat insiden MH370 berhubung apakah yang berlaku di darat dalam tempoh beberapa jam pertama.
Para pegawai kerajaan berkata, sebarang siasatan rasmi tidak akan bermula sehingga perakam kotak hitam pesawat itu dijumpai.
Pesawat Boeing 777 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8 Mac lalu.
Malaysia mempercayai pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi selepas ia menyimpang dari laluan penerbangan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Satu usaha pencarian dilakukan di lautan berhampiram Perth, Australia bagi menjejaki sebarang bangkai pesawat serta perakam yang mungkin memberikan jawatan kepada apa yang sebenarnya berlaku dalam pesawat MH370. - sumber

1 comment:

  1. Para pegawai kerajaan berkata, sebarang siasatan rasmi tidak akan bermula sehingga perakam kotak hitam pesawat itu dijumpai. Kalau mengambil masa ratusan thn baru jumpa, nak siasat apa lagi? Buat helah dan menunjukkan kelembapan bertindak. Andainya berulang lagi dlm 3 thn akan datang misalannya, apa rujukan pengalaman yg kita ada? Bodoh & malas!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa