Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 14, 2014

'Maha Qarun'kah Daim?

Adakah SPRM yang liat atau Daim yang kebal?
Kalau Daim kebal, dia dilindungi kekebalan siapa?
Atau memang Daim bersih?

AMK gesa SPRM siasat 'maha jutawan' Daim

Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar memulakan siasatan terhadap bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang didakwanya mempunyai kekayaan luar biasa.Dalam kenyataannya, Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin (kiri, berkaca mata) mengesyaki Daim mempunyai hubung kait dengan amalan korupsi dan rasuah.

Aduan itu dibuat susulan laporan media berhubung pendedahan Anwar yang mendakwa Daim mempunyai wang mencecah berbilion ringgit dalam bank di Afrika dan Eropah Timur dengan menggunakan proksi, kata Shamsul.

Shamsul juga berkata dakwaan Anwar itu kosisten seperti sebelum ini yang terkandung dalam laporan polis yang dibuat ketua umum PKR itu pada 1999.

"AMK juga telah mempersoalkan bagaimana Tun Daim, yang dikenali sebagai 'maha billionaire' tidak tersenarai langsung dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia sebagaimana yang dikompilasikan oleh majalah Malaysian Business.

"Sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan susulan yang diambil oleh mana-mana pihak ke atas Tun Daim.

"Sehubungan dengan itu, AMK menggesa SPRM dapat bertindak hasil daripada laporan rasmi yang dikemukakan ini, bagi mengesah atau menafikan sebarang bentuk tuduhan yang dipalitkan ke atas Tun Daim," katanya.

'Jerung bebas, bilis dipukat'

Bagaimanapun, dalam reaksinya, Daim berkata Anwar sudah "mencapai objektifnya untuk menjadi seorang penghibur" apabila didakwa kerap melemparkan tohmahan kepada dirinya berkaitan perbankan walaupun "tidak tahu dasar-dasar perbankan".
Daim (kanan) berkata Anwar kerap menjaja cerita yang beliau mengetahui cerita rasuah tentang dirinya yang membuka bank di Eropah Timur dan Afrika sementara akta pengubahan wang haram memperuntukkan untuk menjadi pengarah bank seseorang itu "a fit and proper person".

Shamsul mendesak SPRM mempamerkan ketelusan “tahap tertinggi” dengan serius menyiasat dan membuat pendakwaan terhadap tokoh korporat itu.

"Jerung jangan dibiar berenang bebas di saat ikan bilis dipukat rakus," katanya.

Beliau bersama ADUN DAP Ayer Keroh Khoo Poay Tiang dan beberapa pemimpin AMK membuat laporan itu di SPRM Putrajaya selama 45 minit bermula jam 2.45 petang tadi.- mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa