Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 14, 2014

Siapakah Yang Jahat?

Serangan gas beracun di Syria cetus persoalan
14 April 2014

DAMSYIK - SYRIA. Tentera kerajaan dan puak penentang rejim Presiden Bashar al-Assad saling tuduh menuduh antara satu sama lain sebagai dalang dalam insiden serangan gas beracun terbaharu di negara itu.

Namun, butiran lengkap berhubung serangan di Kafr Zita, sebuah perkampungan di wilayah Hama yang terletak kira-kira 200 kilometer dari ibu negara masih menjadi persoalan.

Dalam satu kenyataan, Majlis Kebangsaan Syria (SNC) mendakwa, pesawat milik tentera rejim Bashar melepaskan bom yang menghasilkan asap tebal di kampung terbabit, Jumaat lalu.

"Sekurang-kurangnya dua maut manakala ratusan penduduk dilaporkan mengalami keracunan dan sesak nafas akibat serangan gas beracun berkenaan," kata jurucakap SNC yang dipetik Al- Jazeera

Bagaimanapun, stesen televisyen tempatan mendakwa, serangan gas klorin tersebut didalangi rangkaian kumpulan Al-Qaeda, Barisan Al-Nusra.

"Selain itu, ada maklumat mendedahkan cabang kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) berkenaan juga sedang bersedia untuk melancarkan beberapa lagi siri serangan gas beracun di Wadi Deif di wilayah Idlib dan Morek di wilayah Hama," jelas laporan tersebut.  

Difahamkan, sehingga kini tiada pihak tampil mengesahkan insiden serangan gas beracun terbaharu itu.

Ogos lalu, seramai 1,400 penduduk di luar Damsyik dilaporkan maut dalam serangan senjata kimia didalangi rejim Bashar hingga mencetuskan kecaman masyarakat antarabangsa. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa