Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 15, 2014

Misteri MH370 : Ronin Lautan Hindi

Misteri MH370 : Ronin Lautan Hindi (Episod ke-5)
Pada November 2013, Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman menyatakan dengan tegas bahawa Israel sedang mencari sekutu baharu, kerana Amerika Syarikat (AS) semakin lemah dan mempunyai terlalu ramai musuh. Menurutnya, “Hubungan antara Israel dan mitra strategi utamanya AS semakin lemah, anda dapat memahami itu semua. Amerika Syarikat memiliki banyak masalah – Korea Utara, Afghanistan, Pakistan, Iran, Iraq, dan mereka juga mempunyai masalah ekonomi domestik sendiri. Kita harus berhenti menuntut, mengeluh, dan sebaliknya mencari negara yang tidak tergantung pada wang (sumber ekonomi) dari dunia Arab atau Islam dan negara yang ingin bekerja sama dengan kami dalam bidang inovasi.” kata Lieberman.


Mengapa saya paparkan berita ini? Pada hemat saya, kenyataan Lieberman di atas merupakan plot konspirasi kedua paling shahih selepas saya paparkan plot pertama sebelum ini berkenaan sejarah hubungan antara Malaysia dengan China - yang digambarkan pada saat kebangkitan dan kekuasaan Kerajaan Melayu Melaka baik dari segi ekonomi, mahupun dari aspek ketenteraan, setelah hubungan yang sangat akrab dengan Maharaja China ditemeterai. Terbukti, selepas hubungan perdagangan antara China dengan Melaka bertambah baik, China mula membuka pintu hubungan keamanan dan kerjasama ketenteraan pula, sekali gus menawarkan pakej keselamatan menyeluruh kepada Melaka secara tidak langsung meningkatkan taraf ekonomi dan ketenteraan kerajaan Melayu tersebut.


Sejak 10 tahun yang lalu, teori berkenaan kejatuhan Amerika Syarikat sudah acapkali diperdebatkan. Ia bertambah meruncing saat AS mengalami masalah krisis Gadaian Sub Prima pada tahun 2008, dan sejak daripada itu ekonomi AS tidak pernah stabil sehinggalah ke hari ini. Dalam keadaan ekonomi AS bertambah merudum, China bangkit bagi mengisi kestabilan ekonomi dunia. China sering digambarkan sebagai rejim pemerintah yang jahat dan merbahaya kepada dunia, namun demikian itu merupakan propaganda Barat yang tidak mahu melihat China menjadi kuasa besar baharu ekonomi dunia.

Dengan penduduk teramai dan ekonomi paling pesat berkembang di dunia, China muncul sebagai bintang Asia yang sedang meningkat. Tetapi, apakah China sebagai status kuasa ekonomi dunia akan menjejaskan kedudukan ekonomi negara serantau seperti Malaysia? Rekod yang ada setakat ini menunjukkan bahawa perkembangan ekonomi China akan membawa kepada kestabilan ekonomi dunia terutamanya rantau Asia Timur. Ini kerana ia akan menggalakkan pembaharuan ekonomi Jepun.


Trend yang ada sejak sedekad lepas memperlihatkan hubungan pertumbuhan ekonomi China dengan negara serantau bukanlah bersifat zero-sum game. Ini kerana apabila ekonomi China berkembang, ekonomi negara serantau turut berkembang. Malah, kemunculan ekonomi China telah mengejutkan negara-negara serantau terutamanya ASEAN tentang perlunya pendekatan saling melengkapi, bukannya bersaing dengan China. Ini bermakna pertumbuhan ekonomi China akan mewujudkan peluang-peluang ekonomi kepada negara serantau. Ini kerana China memerlukan bahan mentah terutamanya bahan mineral sebagai input sektor pembuatan mereka.

Dalam konteks ini, negara-negara serantau berada dalam kedudukan yang sangat sesuai untuk membekalkan barangan yang diperlukan oleh sektor pembuatan China. Jelas dakwaan bahawa ancaman pertumbuhan China terhadap negara serantau merupakan satu idea akibat analisis yang dangkal. Ekonomi China dijangka akan berkembang dengan lebih sederhana dan boleh berperanan sebagai pengimbal balas kepada naik turun ekonomi AS atau bertindak sebagai kuasa menstabilkan ekonomi global.


Di sisi lain, Israel sudah lama mengintai China sebagai sekutu barunya. Apa yang telah dinyatakan oleh Lieberman di atas merupakan pelengkap kepada ramalan dan analisis kontroversi tokoh diplomat terkenal AS, Henry Kissinger tiga tahun lalu dengan berkata, "Dalam 10 tahun akan datang tidak akan ada lagi Israel". Ini merupakan mesej tegas daripada seorang tokoh berpengaruh Yahudi bagi mengingatkan AS agar segera bertindak ke atas musuh-musuh Israel bagi mengekalkan survival negara Yahudi itu. Hakikatnya, AS sudah tidak berupaya untuk memenuhi segala kehendak, selera dan nafsu serakah rejim Israel yang tidak pernah puas, sehingga AS terpaksa mengorbankan segala-galanya termasuklah ekonomi, politik dan rakyatnya sendiri semata-mata untuk menurut perintah Israel!


Apabila AS tidak lagi mampu untuk terus menjadi hamba kepada Israel, maka AS akan ditinggalkan. Bagi membolehkan Israel terus hidup - mereka memerlukan sekutu baru, dan China adalah pilihan paling tepat. Di dalam buku terkenal tulisan Kissinger berjudul On China (2011), beliau mengemukan kebingungannya mengapa Richard Nixon, Presiden AS pada waktu itu membuat keputusan peribadi agar AS melindungi China daripada serangan Kesatuan Soviet. Sedangkan pada saat perang nuklear hampir tercetus antara China dengan Kesatuan Soviet ekoran daripada konflik sempadan China - Soviet - AS telah menetapkan dasar luarnya untuk tidak menyokong mana-mana pihak, memandangkan kedua-dua buah negara tersebut merupakan negara komunis dan AS lebih selesa bersikap "tunggu dan lihat" sambil menanti keuntungan "percuma" atas pergeseran dua buah kuasa besar dunia itu. 

Namun demikian, Nixon telah menukar rancangannya pada Oktober 1969 dengan mengarahkan agar AS memihak kepada China - sekali gus menyebabkan Moscow membatalkan niatnya untuk meneruskan perang nuklear ke atas China. Soalnya, siapakah "sang pemikir" yang bertindak sebagai penasihat kepada Nixon agar membantu China berhadapan dengan Kesatuan Soviet? Dan "mata" siapakah yang telah dapat melihat dan menghidu lebih awal akan kepentingan China masa hadapan selepas 45 tahun peristiwa tersebut berlalu. Sekiranya perang nuklear antara China-Soviet tercetus - yang pasti kalah (menurut pemerhati) adalah China. Dan jika itu berlaku sudah semestinya China tidak akan ada peluang lagi untuk bangkit dan membangun seperti mana kewujudannya pada hari ini.


Namun demikian, polisi luar AS terhadap China selepas era Nixon terus menampakkan adanya "tangan ghaib" yang mahu negara Tanah Besar itu menjadi kuasa baharu ekonomi dunia selepas AS. Dan ia sudah pun terbukti pada hari ini - proses kebangkitan China bukanlah hanya terjadi dalam satu malam, tetapi ia telah dirancang lebih awal dan dimulakan semasa era pentadbiran Nixon. Sejak zaman itu lagi para pemikir Yahudi-Israel sudah meramalkan bahawa AS tidak akan  mampu bertahan menjadi tempat pergantungan Israel untuk selama-lamanya, AS pasti akan hancur. Dan negara Yahudi itu memerlukan rakan baharu yang boleh dijadikan "hamba"  - sebelum "mereka" memusatkan seluruh pentadbiran dunia di Baitulmaqdis!  Kebangkitan China yang dihebohkan-hebohkan selama ini merupakan "kebangkitan" yang sudah lama dirangka serta dirancang bagi kesinambungan hayat Israel.

Ditulis Oleh 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa