Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 1, 2016

Apa punya belit daa....baru dua hari lepas Hadi kata dah serik kerjasama dengan PKR

PRU14: PAS sedia runding semula agihan kerusi dengan PKR
pada 31-05-2016 07:05 
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar
KOTA BHARU: PAS bersedia berbincang dengan PKR bagi merunding semula agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian mengulas cadangan Pemuda PAS agar kerusi-kerusi yang dipinjamkan kepada PKR dan DAP dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu diambil semula oleh parti Islam itu.

"Kita akan kaji cadangan tersebut. Sebab tahaluf sentiasa dibuat kajian. Sama ada agihan kerusi, kekuatan sokongan dan jentera pilihan raya. Cadangan itu suatu yang positif dan baik untuk melihat kemenangan untuk rakyat. Yang penting supaya kemelut yang ada dapat dihentikan," katanya di sidang media selepas Muktamar Dewan Pemuda PAS hari pertama di Kelantan Trade Centre, petang tadi.

Terdahulu, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan ucaptama mengingatkan pimpinan parti agar menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran agar tidak lagi 'dipergunakan' semata-mata mencapai kemenangan.

Katanya, sikap sedemikianlah yang menyebabkan PAS kini 'ditinggalkan' begitu sahaja.

Dalam sidang media selepas itu, Nik Mohamad Abduh menjelaskan cadangan tersebut dilontarkan berdasarkan keadaan semasa politik pembangkang, dengan PAS kini tidak lagi bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan (PH). 

"Keadaan politik hari ini sudah berubah, di mana pembahagian kerusi berdasarkan pakatan PRU13. 

"Maka sudah masanya untuk PAS menilai kembali kerusi-kerusi yang diagihkan sebelum ini, kerana ia adalah tuntutan akar umbi di kawasan-kawasan yang kita yakin PAS berhak untuk," tegasnya.

Pakatan Rakyat (PR) terkubur akibat perbalahan antara PAS dan DAP kerana agenda hudud.

PAS kini bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dalam Blok Ketiga, manakala PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) bekerjasama di dalam Pakatan Harapan (PH).

# Apa kata Hadi linknyaSaya sudah serik kerjasama dengan PKR, kata presiden Pas

2 comments:

  1. Sebenarnya PAS tak payah cakap nsk ambil balik..ini negara demokrasi...PAS berhak bertanding di manamana...dan jangan la nak membebel orang lain tak boleh..lagipun PAS bukan pro rakyat...dah jadu geng penindas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...hutan kelantan dah hampir gondol dikejekan puak2ularmak

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa