Thursday, June 2, 2016

Bila Ustaz dah kantoi.........inilah jawapan konernya!

# Cakap tanpa homework inilah jadinya!

"Pinjam kerusi" Pas guna bahasa kiasan supaya DAP faham, kata Nik Abduh
01 Jun 2016 | MALAYSIA DATELINE
Nik Abduh Nik Aziz

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau menggunakan bahasa kiasan berkaitan kenyataannya semalam, mahu mengambil semula kerusi yang kononnya diberikan kepada DAP.

Beliau tidak menyangka kata-katanya itu menyebabkan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew melenting.

Katanya, beliau hanya membuat sindiran dan meminta belajar mengenai bahasa kiasan agar tidak mudah gelabah.

"Mana ada kerusi Pas yang dipinjamkan kepada DAP. Saya gunakan bahasa kiasan supaya DAP faham yang Pas tidak akan berunding sebagaimana sebelum ini untuk pengagihan kerusi.

"Pas sedar untuk meletakkan calon bertanding di satu-satu kerusi, Pas akan tengok dahulu sejauh mana sokongan kekuatan yang berpihak kepada Pas," katanya pada sidang media di Kelantan Trade Centre (KTC) hari ini lapor portal media MG.

Beliau menjawab kenyataan balas Anthony Loke yang dilaporkan meminta Nik Mohamad Abduh menyatakan kerusi mana diberikan parti itu kepada DAP untuk bertanding pada Piliham Raya Umum ke-13 tahun 2013.

Anthony Loke berkata, mengikut rekod DAP, tidak ada sebarang rundingan kerusi antara Pas dengan parti itu.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, selepas PRU13, DAP tiba-tiba sombong terhadap Pas walaupun ketika itu mereka bersama dengan pembangkang dalam Tahaluf Siyasi.

"Dia (DAP) mula cakap sombong dengan kita setelah melihat Pas seolah menagih 'cinta' darinya.

"Dari situ, siapa yang memulakan permusuhan dengan Pas kalau tidak DAP dahulu," tegasnya.

4 comments:

  1. Ha ha ha ha ha ha hang memang anak yang tak macam bapak dia... dia lebih layak jadi beduh awang bin hadi awang.... ha ha ha ha ha ha ha togoiiii punya ustad.

    ReplyDelete

  2. ingat macam adat melayu dalam majlis nerisik anak dara je guna kiasan..dalam politik pun ada kiasan juga...tinggi sungguh politik matang yg di amalkan..
    bercakap urusan politik guna kiasan...paham ke dap tentag kiasan tu...melainkan ianya pada dap suatu pembohongan yg nyata dari seorang agamawan pas...

    ReplyDelete
  3. Kesian pas berketuakan yb yang tiada ketajaman intelek.... dia ni baca doa blh la....bahasa kiasan org kelantan ke ni...hu2

    ReplyDelete
  4. Kesian pas berketuakan yb yang tiada ketajaman intelek.... dia ni baca doa blh la....bahasa kiasan org kelantan ke ni...hu2

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa