Wednesday, 1 June 2016
KALAULAH BUDIMAN MENANG DI SUNGAI BESAR....
Saya bukanlah penyokong Jamal Mohd Yunus, tetapi saya simpati apabila beliau tidak terpilih sebagai calon di Sungai Besar, lebih-lebih lagi yang dipilih ialah Budiman Mohd Adun yang sudah pun menjadi Adun Sungai Panjang.
Tidak terpilihnya Jamal seolah-olah kedudukan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian telah didiskriminasi dan dianiaya semata-mata kerana kekurangan tertentu serta imej dirinya selama ini.
Hakikatnya, Jamal adalah pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh ahli-ahli UMNO Sungai Besar sendiri untuk mengetuai bahagian tersebut, malah kemenangannya dicapai dengan keringat dan titik peluh.
Maka, keutamaan untuk dipilih sebagai calon perlu berpihak kepadanya.
Jika tidak, apa gunanya diamalkan konsep parti menguasai kerajaan?
Kenapa apabila dalam soal calon untuk pilihanraya, beliau diketepikan sedangkan dalam sistem UMNO selama ini memang memberi keutamaan kepada penjawat Ketua Bahagian untuk bertanding dalam pilihanraya?
Memang benar Jamal ada menyatakan beliau tidak berminat untuk bertanding, tetapi memang orang politik selalu bercakap begitu. Sudah banyak contoh perlakuan orang politik seperti itu.
Najib dulu pun ketika mula-mula wujudnya gerakan menjatuhkan Pak Lah, turut lambat menyatakan minatnya. Hanya setelah terdapatnya usaha untuk menonjolkan Tengku Razaleigh untuk digandingkan dengan Muhyidddin Yassin dan seseorang telah menyampaikan maklumat itu kepadanya, barulah Najib mula menonjolkan diri dan minatnya.
Begitu juga ketika pemilihan 1993, Anwar Ibrahim turut menyatakan tidak berminat untuk melawan Tun Ghafar Baba. Akhirnya dilawannya juga.
Sebelum dapat, memang orang politik selalu cakap tidak berminat, kalau diberi atau ketika peluang terbuka, tidak pernah pula mahu ditolak.
Orang seperti Jamal yang dianggap degil, keras kepala, suka buat kecoh dan terkenal dengan perhimpunan baju merah, adalah watak yang perlu dalam mana-mana parti politik.
Ia adalah watak yang menambahkan ceria dan menjadikan parti itu sentiasa hidup dan disebut ramai. Kehadirannya dibenci, tapi diperlukan.
Dalam PKR, dulunya watak itu milik Tian Chua dan Golabakrisnan. Akhirnya kedua-duanya menjadi Ahli Parlimen Batu dan Padang Serai. Tian Chua kini sudah matang dalam gerak laku politiknya, walaupun Gobalakrishnan terbuang kerana pertelingkahan dalaman.
Dahulunya juga, dalam Pas, ada Mohamad Sabu manakala di dalam UMNO, antaranya ialah Ibrahim Ali yang punya watak seperti Jamal sekarang. Tetapi kini kedua-duanya sudah bertaraf presiden dengan mengetuai Amanah dan Perkasa.
Begitu juga dengan Jamal, dengan peredaran masa dan jika diberi peluang bertanding dalam pilihanraya, lebih-lebih lagi jika sudah bergelar YB nantinya, kematangan akan datang sendiri dalam dirinya.
Tetapi dengan awal-awal lagi UMNO sudah mengenepikannya, kelibat Jamal mungkin akan berkubur lebih awal.
Sekiranya Budiman menang dalam pilihanraya kecil 18 Jun depan, beliau bukan saja menjadi YB Berganda, malah kebarangkaliannya ialah namanya akan terus menonjol dan menjadi sebutan serta menenggelamkan Jamal.
Najib yang sedang berhempas pulas untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, tentu saja akan mengekalkan lagi Budiman untuk bertanding di kerusi Sungai Besar dalam PRU 14 akan datang, manakala Jamal mungkin akan diberi peluang bertanding di DUN Sungai Panjang.
Katalah kedua-duanya menang bertanding dalam bergelar wakil rakyat, ketika itu hampir pasti Budiman akan menentang Jamal untuk merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar kerana taraf dan status sebagai Ahli Parlimen lebih tinggi berbanding Adun.
Oleh kerana taraf dan status yang lebih tinggi itu, peluang Budiman menewaskan Jamal juga turut tinggi.
Akhirnya Jamal hanya akan menjadi Adun biasa dalam kerajaan Pakatan Harapan yang biasanya akan tenggelam dan tidak berperanan, sama seperti watak Adun-Adun UMNO Selangor yang ada sekarang.
Jamal mungkin ada kekurangannya yang tertentu, tetapi jika beliau dikuburkan lebih awal, watak pengganti sepertinya tiada lagi dalam UMNO. UMNO akan terus sepi dan hilang keceriaannya.
Oleh itu, Sungai Besar tidak seharusnya menjadi permulaan kepada kegelapan UMNO itu. (SH 01/06/2016). - sumber

Jamal pak tongkol dah jd liabiliti pd umno..lps ni blh masuk kelab umno pencen
ReplyDelete