‘Dulu Umno, kini penyokong Pas serang saya'
RAZIATUL HANUM A.RAJAK - 11 JUN 2016
SHAH ALAM – Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa beliau tidak lagi diserang penyokong Umno sebaliknya ‘tugas’ itu kini sudah beralih kepada penyokong Pas.
Melalui kemas kini status di Facebooknya, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu mendedahkan ada pemimpin parti Islam itu yang mempersendakan kerja-kerja pendedahan dalam usaha melawan rasuah yang dilakukannya.
“Kebelakangan ini yang paling kuat serang saya di Facebook ini bukan lagi penyokong Umno tetapi penyokong Pas. Seolah-olah kerja menyerang itu telah di ‘sub-contract’ kepada Pas.
“Malah bila saya dedahkan pembaziran nyata melibatkan penggunaan jet peribadi yang menggunakan wang rakyat oleh Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri), saya tetap diserang oleh penyokong Pas,” katanya.
Menegaskan tidak terkesan dengan serangan sedemikian, Rafizi berkata lebih ramai pengikutnya di Facebook yang menolak politik label melabel ala Pas dan menyokong usaha pihaknya meletakkan keutamaan kepada isu rakyat.
“Malangnya sikap dan pendekatan begini membawa nama buruk kepada ‘tarbiah Pas’ yang selalu disebut-sebut. Saya sertakan satu contoh di bawah.
“Saya juga telah semak profil beliau dan saya percaya ia bukan dibuat-buat oleh musuh Pas untuk merosakkan nama baik Pas,” katanya.
Rafizi sempat menyertakan paparan skrin komen yang diterimanya dari salah seorang pemilik akaun Facebook.
“Saya sepatutnya gembira kerana dengan cara begini, penyokong Pas sendiri yang menyebabkan rakyat atas pagar makin jauh dari Pas.
“Tetapi saya sedih kerana Pas ini membawa nama Islam dan jika akhlaknya itu tidak melambangkan akhlak Islam, ia tidak berlaku adil kepada label ‘Islam’ yang cuba dipamerkan,” katanya.
RAZIATUL HANUM A.RAJAK - 11 JUN 2016
Rafizi Ramli Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa