Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 2, 2016

'Jenis make gu, kecek tokleh pege buku' gini ada ker lagi yang tak terdesak sanggup kerjasama?

PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam - Abdul Hadi
Hafiz Marzukhi dan Muhafandi MuhamadAstro Awani |  Jun 02, 2016 14:20 MYT

PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam - Abdul Hadi
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di Pengkalan Chepa, hari ini. - Foto Bernama
PENGKALAN CHEPA: PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam dan umatnya.

Ia juga tidak terhad kepada kerjasama dengan Umno sahaja.


"Selagi kerjasama tersebut membawa manfaat untuk Islam, PAS sedia bekerjasama.


"Bukan hanya dengan Umno, malah semua yang ingin membawa kebaikan untuk umat Islam," jelas Abdul Hadi sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-62 di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini.


Oleh itu, beliau menegaskan wujud keperluan buat parti itu untuk menjadi kuasa ketiga dalam arena politik Malaysia.


"Kini, situasi politik negara membayangkan sama ada hitam atau putih.


"Kerajaan akan terus mempertahankan semua tindakannya dan pembangkang pula akan terus menerus membangkang semuanya, walaupun kadangkala tindakan yang diambil kerajaan adalah baik," kata Abdul Hadi.


Maka, Abdul Hadi berkata sudah tiba masanya budaya politik lama ini diabaikan dan diganti dengan yang baharu.

"PAS ingin mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera demi kebaikan rakyat," katanya lagi.

Muktamar Tahunan PAS ke-62 berlangsung selama tiga hari bermula malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa