Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 2, 2016

Majlis Pengisytiharan Calon PH: Ini sebabnya Azmin tak hadir

'Azmin tak hadir umum calon bersebab...'
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR - 2 JUN 2016
Mohamed Azmin Ali Mohamed Azmin Ali - Foto Sinar Harian

SEKINCHAN - Pemimpin tertinggi PKR menasihatkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon Pakatan Harapan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat bagi menjaga keharmonian pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang masih lagi di bawah pentadbiran Pakatan.

“(Mohamed) Azmin kita tahu, mesti menjaga kerajaan beliau. Azmin adalah Menteri Besar. Itu kita memang faham.

"(Mohamed Azmin) dia ada satu kedudukan untuk menjaga kerajaan Pakatan (Rakyat) yang dulu,” katanya pada Sidang Media di Dewan Seri Sekinchan, malam tadi.

Wan Azizah menegaskan, ketiadaan Mohamed Azmin pada malam ini bukan isu besar memandangkan beliau yang juga merupakan Presiden PKR turun bagi mewakili Pakatan Harapan

“Saya ada untuk mewakili Pakatan Harapan..semalam kita ada bincang, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain juga mengetahui dan memahami," katanya.

Pada majlis itu, antara pemimpin PKR yang lain hadir termasuk Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dan juga beberapa pemimpin tertinggi daripada DAP.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa