Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Sunday, June 12, 2016

Kerana keseorangan PAS perlukan UMNO

PAS keseorangan perlu sokongan Najib, dakwa Mahathir
Alyaa Alhadjri      Hari ini, 2:48 tengahari
PRK SG BESAR Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS cuba melamar Umno kerana ia memerlukan sokongan selepas ditinggalkan keseorangan.

Itulah sebabnya, tambah beliau, mereka mahukan sokongan khususnya dari (Presiden Umno) Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa PAS tidak akan mengkritik Najib kerana sebagai sebuah parti yang keseorangan tanpa ada sokongan, ia perlu mendapatkan bantuan Najib.

"Bantuan dalam bentuk apa, saya tak tahu," kata Dr Mahathir dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di forum anjuran DAP di Sekinchan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan menyokong calon PAS di PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman jika ADUN Meru itu menyokong Deklarasi Rakyat bagi menggesa pengunduran Najib.

Mahathir sebelum ini menyatakan sokongan beliau untuk calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur yang menandatangani Deklarasi Rakyat itu hari ini.

Menurut Mahathir lagi pilihan raya kecil itu adalah satu referendum.

Menurutnya, ia adalah satu langkah untuk menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat telah menolaknya.

Mahathir mendakwa, mereka yang menyokong Najib sama ada tidak tahu apa yang berlaku, atau mereka ada ;dedak' dalam mulut mereka.


Dedak adalah satu metafora mengenai obligasi kepada orang yang memberi mereka makan.

Kempen PAS di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah dibayangi oleh dakwaan kerjasama pada masa depan dengan Umno, walaupun ia berulangkali dinafikan oleh pemimpin tertinggi parti itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa