Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 14, 2016

PRK Kuala Kangsar........

[6/12, 17:49] ‪+60 19-234 9828‬: Kata pak saudara teman zahid hamidi kelam kelibut di kuale kangsoo dia kata org ateh pagooo kemungkinan akan mengundi AMANAH..Innn Shaaa Allah..

[6/12, 17:53] ‪+60 19-234 9828‬: Sehari aku jadi pemerhati PRK di Kuala Kangsar.. apa yang aku nampak, Amanah kita tak pertikai lah.. parti baru.. Aku tak kata Amanah kuat.. tapi bila aku tengok parti aku PAS hari ini berbeza dgn PAS yang dulu.. jika nak dibanding dgn PRK Bukit Gantang 7 Tahun dulu.. jauh berbeza..

PAS kawasan Kuala Kangsar sendiri tidak hidup dan berfungsi.. Jentera PAS betul2 bergantung kepada jentera luar..

Masa PRK Bukit Gantang dulu kita boleh lihat Masyarakat tempatan.. Masyarakat Bukan Islam Cina India datang membantu.. tak putus2 datang bantuan dulu memenuhi bilik Gerakan dan Markaz2 PAS.. hari ini PAS sesama PAS pun tak berfungsi.. seperti berseorangan..

Masyarakat tempatan pun macam tak peduli kepada PAS.. Markaz dan bilik gerakan pun tak semeriah dulu.. semalam usung Juara Motor , program bagi minyak dan servis percuma pun hanya mampu berkumpul sesama sendiri, tidak ada penyertaan rakyat tempatan.. simpati kepada amilin2 PAS, unit amal yg datang dari jauh.. ada yg terkorban.. malang Pemimpin mereka sendiri yg merosakkan PAS yang telah dibina dulu.. 

esok PAS akan bawa Ustaz Azhar Idrus.. mungkin esok akan ramai sikit.. tapi UAI kat mana pun akan ramai orang.. bukan atas faktor PAS..tapi atas faktor UAI.. agaknya sebab ini PAS terpaksa menggunakan senjata fitnah dan Perkauman..

Pada pandangan aku.. Pengundi tua dan tradisi sokong PAS akan terus sokong PAS.. dari pengundi tradisi dari kalangan mereka yg progresif dan terbuka dari PAS akan beralih kepada Amanah dalam 50%.. malah sebahagian pengundi Melayu atas pagar juga akan ada dalam lingkungan 30% yg kekal mengundi PAS atas faktor senjata Hudud dan Perkauman.. dan besarnya akan kepada UMNO.. hanya sebahagian kecil bersama Amanah.. manakala Amanah juga tak harus rasa selesa dgn Undi Cina.. sebab cina di Kuala Kangsar tak begitu Progresif..mereka pengundi tradisi.. dan bagi Parlimen  Kuala Kangsar tiada dun DAP seperti di Sg Besar.. ia satu cabaran besar bagi Amanah...

Kalau berlaku lah Pilihanraya umum ke 14 nanti.. Nasib PAS akan semakin teruk bila PAS kawasan sendiri pun gagal berfungsi.. Mungkin kali ini PAS masih boleh selamat dgn bantuan dan kerahan jentera luar.. akan datang PAS akan hilang senjata perkauman dan Hudud.. Senjata perkauman dan Hudud ini tidak akan bertahan lama.. PAS hanya dapat nafas seketika atas bantuan UMNO.. Program PAS hanya ramai jika ada kerahan.. PAS kawasan hari ini mati dan tak berfungsi seperti dulu.. itu sebab jgn terlalu takbur dan bongkak mendabik dada bahawa jentera PAS itu kuat.. reality nya inilah yg berlaku..PAS keseorangan.. memang walaun PAS boleh nafi.. realitynya hati kecil tak boleh tipu..  - Abang Sojar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa