Wednesday, June 1, 2016

Selain Husam, ada lagi ke 'jebon' (bukan wala'un) dalam PAS?

Tak perlu pertikai calon PAS Sg Besar, Kuala Kangsar

 | June 1, 2016
Semua ahli PAS perlu menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dan membantu calon parti memenangi PRK itu.
PASIR PUTEH: Ahli PAS tidak sepatutnya mempertikaikan calon yang dipilih pucuk pimpinan untuk mewakili parti itu pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun nanti.
Penegasan itu dibuat Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Datuk Dr Mahfodz Mohamed sebagai menjawab ketidakpuasan hati Perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor, Nik Bakri Nikmat berhubung pencalonan Dr Abdul Rani Osman untuk PRK Sungai Besar.
Katanya, calon di kedua-dua PRK itu telah dipersetujui Majlis Syura PAS setelah membuat penelitian secara terperinci.
Malah, semua ahli parti termasuk ulama perlu menghormati keputusan tersebut dan bekerja keras membantu calon memenangi kedua-dua PRK tersebut.
“Mengenai pemilihan calon PRK sebenarnya proses pemilihan bermula dari kawasan dan dibawa negeri dan seterusnya dewan harian (PAS) kita berbincang.
“Masing-masing ada hak, kawasan bincang dewan ulama negeri pun sudah bincang. Tidak kira siapa, bila diputuskan jawatankuasa harian PAS maka kena wala (taat) supaya calon yang kita letak mencapai kemenangan lebih-lebih lagi di Selangor apabila pada PRU lepas kita kalah tipis.
“Kali ini bakal-bakal calon diputuskan Majlis Syura Ulama dan Majlis Syura Ulama putuskan mereka (Calon PAS di dua PRK) layak bertanding.
“Sebagai ulama kita kena usaha keras untuk pastikan calon PAS capai kemenangan,” katanya dalam ucapan penggulungan Dewan Ulama PAS Pusat sempena Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-55 di Tok Bali hari ini.
Terdahulu, perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor, Nik Bakri mendesak Dewan Ulama PAS Pusat campur tangan dalam pemilihan calon untuk memastikan orang yang dipilih itu mesra PAS dan tidak akan berpaling tadah atau mesra parti lawan.
Tanpa menyebut secara jelas, calon yang dimaksudkan Nik Bakri itu dirasakan ada kaitan dengan Dr Abdul Rani di PRK Sungai Besar yang dilihat lebih mesra AMANAH.

2 comments:

  1. Agak2nya tak lama lagi akan ada tak @ lakonan bekas ahli pas yang join AMANAH insaf dan isi semula borang pas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama ahli yg keluar Pas dah dipotong ke belum? Rasanya sebab tu lah pas dok rasa kuat........

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa