Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 2, 2016

Ini dia Calon Pakatan Harapan P093 Sungai Besar

2 Jun 2016
[BERGAMBAR] Azhar Ab Shukur, Calon Pakatan Harapan P093 Sungai Besar

Azhar Abdul Shukur telah diumumkan sebagai calon Parti Amanah Negara mewakili Pakatan harapan untuk PRK P093 Sungai Besar. 

Pengumuman itu dibuat di Dewan Sri Sekincan yang dihadiri oleh barisan pimpinan Pakatan Harapan termasuk Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook, Ustaz Ahmad Awang, Penasihat Umum AMANAH, Mohamad Sabu, Presiden Amanah, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Naib Presiden AMANAH dan beberapa orang pimpinan yang lain. 

Azhar, 50,  yang lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar adalah seorang anak tempatan Sungai Besar, merupakan bekas guru yang sebelum ini mendahului dua calon senarai pendek lain yang dikemukakan Amanah Selangor kepada Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional. Azhar ialah Pengerusi Amanah Kawasan Sungai Besar.


Beliau mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan Nor'adzimah Hassanuddin. 

Mempunyai ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian islam dari Jamiah Abi Bakr Islamiyah Karachi Pakistan pada 1993. 

Sebagai bekas guru beliau mempunyai pengaruh dalam hubungan dengan masyarakat setempat.  Beliau juga seorang yang berjaya di dalam perniagaan. Memegang jawatan sebagai Pengarah urusan beberapa buah syarikat serta pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Islam Puchong dan Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar . 

Berikut ialah sedikit biodata beliau.

MAKLUMAT CALON PAKATAN HARAPAN P.93 SUNGAI BESAR

MAKLUMAT PERIBADI

Nama : USTAZ AZHAR BIN DATO' AB SHUKUR
Umur : 51 Tahun
Tempat Lahir : Sungai Besar, Selangor
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin
Isteri : Nor’adzimah Binti Hassanuddin (3 orang anak)

PENDIDIKAN


Ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Karachi Pakistan (1990-1993)

KERJAYA

• Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd (2012-kini)
• Pengarah Urusan EZ Kembara Sdn Bhd (2012-kini)
• Pengarah Minda Project Management Sdn Bhd (2016-kini)
• Pengarah Urusan EZ Fada’ Sdn Bhd (2016-kini)
• Pengarah Urusan EX Career Sdn Bhd (2015-kini)
• Penyelia Maahad Tahfiz Al-Mahmudi, Temerloh (2005-2006)
• Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja (2003-2004)
• Guru Penolong Kanan Sek Men Islam Puchong (1999-2003)
• Guru Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar (1997-1998)

PENGALAMAN

Berpengalaman mengendalikan program bersama IKIMFM dan TV9 dalam beberapa siri rancangan.

PENCAPAIAN

• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of MOHA SENA (Kemboja 2015)
• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of THIPDIN (Kemboja 2014)

JAWATAN DALAM PARTI

Ketua AMANAH Sungai Besar

- Sumber dan banyak lagi gambar kat sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa