Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 2, 2016

Tak ke Muslim Malaysia malu?

*SINGAPURA TEMPAT KE 7 PALING ISLAMIK DI DUNIA*

Mungkin ramai yang tidak akan bersetuju dengan kajian yang dilakukan oleh Hossein Askari, seorang Profesor dari Universiti George Washington di Amerika Syarikat. Namun itulah hasil kajian beliau bersama seorang penulis indeks Islamicity Scheherazade S. Rehman.

Menurut beliau, kesemua negara dinilai melalui bagaimana mereka menggunakan pengajaran dari Al-Quran ke dalam kehidupan masyarakat.

Ramai yang menjangkakan Malaysia dan Arab saudi akan mengunguli tempat teratas, namun jangkaan mereka meleset kerana kajian bukan di nilai kepada rakyatnya beragama apa, tetapi perlakuan, kegiatan harian, urus tadbir negera menepati apa yang Al-Quran sarankan.

Singapura menduduki tempat ke 7 berbanding Malaysia yang berada di tangga ke 33. Tahap kebersihan, isu rasuah pemimpin, kebajikan rakyat lebih terjamin di singapura berbanding Malaysia yang majoritinya umat islam yang membaca Al-Quran setiap masa. Arab saudi yang mempunyai Mekah dan Madinah terus tidak tersenarai dalam 50 negara paling islamik.

Tempat pertama di rangkul oleh Negara Ireland yang mana kadar jenayah, keamanan, kebajikan, kebersihan di negara itu jauh lebih baik berbanding negara berjenama Islam.

Isu Salah Guna Kuasa Dan Penguasaan Ilmu Al-Quran Yang Sangat Lemah Adalah Antara Punca Negara Islam Berada Di Kedudukan Bawah Dalam Senarai

"Ada orang yang menggunakan agama sebagai alat kuasa. Mereka tidak mengambil berat tentang orang Islam. Mereka tidak menerapkan nilai-nilai Al-Quran ke dalam kehidupan seharian dan tidak menggalakkan orang untuk mempelajari ilmu Al-Quran," jelas Hossein.

Dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa kemakmuran ekonomi adalah baik untuk masyarakat dan negara. Tetapi laporan Profesor Hossein Askari mendapati kemakmuran jarang sekali diterapkan dalam ekonomi negara-negara Islam.

Laporan ini telah menemplak negara-negara islam, dan sewajarnya dijadikan cabaran bagi pemimpin negara islam agar lebih memahami kandungan agama supaya Islam tidak dipandang lemah oleh dunia...

4 comments:

  1. Aku tertarik dgn bab kebajikan rakyat. Kerajaan kita menganggap rakyat sbg 'customer', jd segalanya dicaj kpd rakyat utk kaut keuntungan. Nak jg kebajikan rakyat , terutama wargamarhaen, jauh sekali

    ReplyDelete
  2. Pas: Mana bolih percaya semua tu. Ul0amak tak sahkan, masakan boleh pakai fakta2 ini. Lagi pon takda 4 saksi. Jangan bersekongkol dgn islam liberal tu....masuk neraka.

    ReplyDelete
  3. Kalau nak ikut kajian ini... sah2 byk pemimpin negara2 islam..masuk kat neraka...

    ReplyDelete
  4. kat malaysia memang ramai umat islam yg mengaku islam...hakikatnya sekadar nama je yg islam.
    perbuatan tingkah laku..jauh lari dari ajaran islam sebenar...walaupun ada dua tiga parti islam yg mengaku yg terunggul tidak menjadikan malaysia sebuah negara islamik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa