Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 8, 2016

Antara Najib dan Guan Eng dalam sembang-sembang Hari Raya

Thursday, 7 July 2016

Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya, di samping ketupat, lemang dan pelbagai jenis juadah yang terhidang di depan mata, isu berkaitan Najib Razak dan Lim Guan Eng hampir tidak terlepas daripada menjadi tajuk perbualan apabila berjumpa saudara-mara dan kawan-kawan.

Disebabkan isu Najib dan Guan Eng itu, pertanyaan mengenai keluarga dan anak-anak sudah menjadi topik terkebelakang atau langsung terlupa untuk ditanyakan.

Seorang dibersihkan namanya dan seorang lagi didakwa, tetapi masih ramai yang membuat perbandingan antara kedua-duanya. Antara intipati perbandingan yang kedengaran sambil menyambut Hari Raya ialah:-

Najib

- Dipersoalkan mengenai kesnya yang disiasat SPRM tetapi laporannya bukan saja telah dianggap tiada kes oleh Peguam Negara, malah diarahkan untuk dihentikan siasatan secara serta-merta.

- SPRM dilaporkan kecewa dengan penolakan itu kerana ia dianggap kes yang "straightforward" dan ingin mengemukakan rayuan. Ramai yang tidak tahu apa kesudahannya, sama ada rayuan sudah dibuat atau "tutup cerita", tup-tup yang menjadi tajuk berita ialah dua pegawai tertingginya bakal "dibersarakan".

- Najib diasak berundur daripada jawatannya kerana kepimpinan dan namanya yang sudah tercemar ke seluruh dunia, dianggap telah merosakkan negara.

- Mereka yang sayangkan UMNO mahu Najib berundur kerana bimbang akan kalah pilihanraya dan mereka yang menentang UMNO juga sepakat dengannya kerana percaya lebih banyak kemudaratan kepada rakyat jika beliau lebih lama dipersada kuasa.

- Meski tidak didakwa di mahkamah, sudah dibersihkan dan mungkin akan terus selamat selagi BN berkuasa,  Najib tetap dilihat rakyat sebagai "kotor"' dengan palitan terhadap rasuah, skandal kewangan dan  penggubahan wang haram.

Guan Eng

- Disiasat SPRM dan didakwa di mahkamah, malah Apandi Ali selaku Peguam Negara dan penasihat undang-undang kepada kerajaan telah bertindak mengetuai pasukan pendakwaan.

- DAP dan Pakatan Harapan memutuskan tiada keperluan untuk Guan Eng melepaskan jawatan Ketua Menteri yang disandangnya kerana beliau tidak ada apa-apa pengaruh terhadap SPRM, Jabatan Peguam Negara mahu pun saksi-saksi pihak pendakwa.

- Guan Eng bagaimanapun terus didesak oleh UMNO dan BN untuk letak jawatan dengan maksud tersirat bahawa pengundurannya dipercayai memberi lebih harapan untuk menawan Pulau Pinang. Oleh itu, pendakwaannya dilihat lebih bermotif politik untuk melemahkan DAP dan mengkucar-kacirkan Pakatan Harapan.

- Berbeza dengan pengunduran Najib yang dianggap boleh mengelakkan BN kalah, pengunduran Guan Eng sebaliknya untuk memudahkan DAP di Pulau Pinang dapat dikalahkan.

- Walaupun didakwa atas tuduhan rasuah di mahkamah, keberadaan Guan Eng di jawatannya lebih dibimbangi dan ditakuti berbanding Najib yang sudah dibersihkan, namun kehadirannya kekal merimas dan membimbangkan.

Kesimpulan

- Kenapa Najib yang sudah dibersihkan dan tidak didakwa masih dilihat "tidak bersih"  berbanding Guan Eng yang sudah didakwa dan sedang menunggu tarikh perbicaraan? (SH 07/07/2016). - sumber asal

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa