Posted on Wednesday, June 29 @ 10:28:18 MYT by paktam
Surat Pembaca
Oleh Abd Ghani Haron
Seorang ibu tunggal yang balik dari menerima sumbangan beras dari satu ngo,berhenti bersembang dengan saya di luar pagar rumah menunjukkan beras yang diterimanya.
Beras uncang 10 kg.Saya bersungut,"Ini beras hancur."Dari luar uncang jelas beras tersebut hancur,tidak seperti beras biasa,agaknya inilah yg dikata beras 15% hancur.Ibu tunggal itu membalas perkataan saya,"Cikgu,padanlah beras ini dengan kami yang miskin."Sedih saya mendengarnya.Dia meninggalkan saya sambil menjinjing beras tersebut,saya sedikit kesal berkata sedemikian.Dalam fikiran saya,tentulah orang yg bersedekah inipun tidak makan beras hancur itu,tetapi bila bersedekah cari yg murah.
Bukankah nabi berpesan supaya memberi apa yg kita sayangi.Bukankah Allah telah menurunkan ayat "Kamu sekali-kali tidak sampai pada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan, apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” (Q.S. Ali Imran [3]: 92)Jelas disebut harta yg kita cintai. Paling kurang berilah sesuatu yg sama taraf dengan apa yg kita makan,kita guna.Kenapa bila nak memberi sedekah,kita kena ukur taraf orang nak terima,apakah mereka tak boleh merasa apa yg kita rasa,kita makan.Memberi sesuatu yg setaraf dengan kemiskinan mereka ibarat menghina mereka,seperti memberi beras hancur kpd fakir miskin.
Kisah Habil dan Qabil yg melakukan korban tidak saja boleh dirujuk dlm hal korban tetapi boleh juga diqias kpd sedekah jariah kerana sedekah jariah juga adalah ibadat kerana Allah.Jadi mengapa bila bersedekah tidak memilih yg terbaik.Berilah apa yg kita makan,kita guna,jangan persoal taraf mereka.Perkataan ibu tunggal itu,"padanlah dengan kami yang miskin" adalah satu sindiran yg kita semua kena memikir sebelum memilih bentuk sedekah biar sedekah kita mengikut taraf kita bukan taraf penerima.Jangan jadikan sedekah kita ibarat satu penghinaan kpd orang lain.Jangan rasa aku dah banyak bersedekah tetapi kita tidak sedar bahawa sedekah kita mungkin ditolak oleh Allah.
Mungkin ada yg mempersoal bagaimana bersedekah pakaian terpakai atau makanan yg tidak habis.Hakikatnya kita masih sayang benda itu dan kita berniat untuk mengelak pembaziran.Bila kita boleh memilih untuk bersedekah,pilihlah yg kita selalu guna,kita suka,sayang.Jangan fikir nak bersedekah banyak,maka quality barang pun direndahkan.Bukan banyak menjadi nilai disi Allah,tetapi firman Allah itu menyebut harta yg dicintai.Jika nak dikaitkan dengan kenduri kendara,sesetengah orang suka buat kenduri besar,ramai,tetapi makan lebih kurang sahaja,emak saya selalu sebut makan jilat palit sahaja.Kenduri juga sedekah maka sebaiknya bukan ramai yg jadi ukuran tetapi kesempurnaan majlis, makanan dan keselesaan layanan tanpa membeza pangkat darjat itulah yg terbaik sebagai suatu sedekah jariah dan penghormatan terhadap tetamu.
Jika kita ingin merasai kenikmatan dari sedekah yg dijanjikan Allah dan rasulnya,penuhi satu sifat penting iaitu bersedekah dg sesuatu yg kita cintai. Jangan merungut kenapa rezeki aku tak bertambah pun walau aku banyak bersedekah, kerana kebajikan dari kesempurnaan sedekah hanya akan tercapai dg sesuatu yg kita cintai.
Wallahu a'lam
abd ghani haron

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa